PESTA SONGKRAN 2022. THAILAND SASAR 5.5 JUTA PELANCONG | Selepas 2 tahun Pesta Songkran dihentikan gara-gara wabak Covid-19 yang melanda dunia, Thailand kini mengembalikan semula pesta yang menjadi tradisi dan kemeriahan negara tersebut. Pesta Songkran diraikan rakyat Thailand sebagai hari pembersihan diri dari segala kesalahan dimasa lalu dan memulai kehidupan baru dengan fikiran yang lebih positif.
Acara yang diraikan setiap tahun sebelum melandanya wabak Covid ini dijangka akan diadaakan semula pada April 2022 ini tetapi dengan beberapaa peraturan yang perlu dipatuhi setiap pengunjung dan peserta.
Kerajaan Thailand menetapkan percikan air di kawasan awam, seperti di jalanan tidak akan dibenarkan.
Parti buih dan pesta minuman tidak dibenarkan
Tempat hiburan malam akan ditutup dan tidak dibenarkan beroperasi buat sementara waktu.
The Straits Times melaporkan bahawa Thailand sedang mempertimbangkan untuk membenarkan pelancong yang tidak divaksin, termasuk mereka yang tidak mendapat suntikan penggalak, untuk mengambil ujian tindak balas rantai polimerase (PCR) sebelum April , tepat ketika kerajaan Thai bersiap sedia untuk meraikan Songkran.
Pada masa ini, pelancong ke Thailand perlu mengambil ujian PCR dan menunjukkan keputusan negatif dalam masa 72 jam sebelum perjalanan.
Mereka perlu mengambil satu lagi ujian PCR semasa ketibaan dan ujian antigen pada hari kelima mereka menginap.
Keperluan untuk melakukan ujian pre-arrival tidak lama lagi akan dimansuhkan mulai 1 April untuk menjadikan proses lebih mudah.
Terdapat juga rancangan untuk membatalkan ujian PCR sepenuhnya menjelang Mei, dengan hanya perlu menjalani ujian antigen semasa ketibaan.
Beberapa sekatan dibuat untuk memastikan perayaan Songkran tidak menyebabkan jangkitan .
Sambutan tradisional seperti mencurah air ke atas patung Buddha atau ke atas tangan orang tua untuk menunjukkan rasa hormat akan dibenarkan.
Orang ramai juga akan dapat memercikkan air antara satu sama lain dalam persekitaran terurus yang dianggap bebas Covid.
Penjarakan sosial perlu dikekalkan di zon yang mempunyai peredaran udara yang baik dan langkah berjaga-jaga keselamatan dan kebersihan yang ketat.
Peserta sebaiknya mendapatkan suntikan vaksin.
Kerap membasuh tangan, mengambil suhu, memakai topeng dan ujian Covid-19 hendaklah dijalankan seiring dengan perayaan.
Thailand telah menetapkan sasaran untuk mengalu-alukan kira-kira 5.5 juta pelancong asing pada 2022.
0 Ulasan