PERMOHONAN DAN PEMBAYARAN 10K PENGELUARAN KHAS KWSP 2022 | Baru-baru ini perdana menteri mengumumkan untuk membenarkan rakyat Malaysia yang terjejas disebabkan covid19 agar dapat membuat pengeluaran KWSP sebanyak RM10 ribu. Berita baik ini disambut ramai memandangkan ramai yang terjejas sepanjang 2 tahun kebelakangan ini.
Kerajaan sebelum ini membenarkan pengeluaran wang KWSP melalui 3 skim iaitu I-Lestari, I-Sinar dan I-Citra berjumlah RM101 juta bilion.
Pengeluaran Khas KWSP 10k
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)mengumumkan bahawa permohonan kemudahan pengeluaran khas RM10,000 akan dibuka kepada ahli di bawah umur 55 tahun bermula 1 April 2022 dan berakhir pada 30 April 2022, manakala pembayaran akan bermula pada 20 April 2022.
Ahli dibenarkan mengeluarkan jumlah maksimum RM10,000 dan minimum RM50, dan mesti menggunakan sepenuhnya baki simpanan mereka dalam Akaun 2 terlebih dahulu sebelum mengakses Akaun 1 mereka.
Permohonan Pengeluaran KWSP 10k One-off hanya perlu dibuat secara online melalui portal PENGELUARAN KHAS .
Untuk kelancaran urusan permohonan , pastikan nombor telefon bimbit terkini sudah berdaftar dengan KWSP.
Pemohon juga perlu menyemak baki terkini simpanan KWSP. Nombor akaun bank yang digunakan juga mestilah masih aktif, sama ada simpanan semasa atau simpanan tetap.
Akauan KWSP juga perlulah diatas nama ahli sendiri dan bukan nama syarikat.
Ahli yang tidak mempunyai akaun bank boleh memilih ARAHAN BAYARAN sebagai kaedah bayaran.
Pemohon yang pernah membuat pengeluaran melalui I-Lestari, I-Sinar dan I-Citra perlu membuat permohonan semula untuk Pengeluaran Khas RM10k.
Daftar I-Akaun untuk Menyemak Baki Terkini KWSP
Bagi mereka yang ingin menyemak jumlah baki terkini akaun KWSP, anda boleh la mendaftar I-Akaun . Dengan I -Akaun sebarang urusan KWSP anda akan berjalan dengan lancar.
Untuk mendaftar I-Akaun, anda perlu hadir ke mana-mana cawangan atau Kiosk KWSP berhampiran anda untuk mendaftar I-Akaun.
CARA PERMOHONAN PENGELUARAN KHAS KWSP 10K.
1. layari https://pengeluarankhas.kwsp.gov.my/
2. Klim pada gambar hijau seperti di bawah dan isi form yang diberikan.
3. Tekan TERUSKAN dan sahkan identiti anda dengan memasuk kan no OTP yang dihantar melaui sms di telefon bimbit anda.
4. Masuk kan amauan pilihan..
5. Skrin akan memaparkan jumlah amauan yang boleh anda keluarkan..
6. Tetapkan amaun pilihan
7. Tekan TERUSKAN .
8.lengkapkan maklumat pemohon, maklumat pembayaran dan kaji selidik. Tekan TERUSKAN .
9. Semak semua maklumat. Klik link biru untuk ketahui terma. Tandakan ✅ pada kotak pengesahan bukan robot.
1. Tekan HANTAR.
0 Ulasan