PENGALAMAN VAKSIN ANAK : APA KESAN VAKSIN PFIZER UNTUK ANAK BAWAH 10 TAHUN | 12 March 2022 Saya bawa anak saya untuk dapatkan vaksin. Awalnya memang saya tak berniat nak vaksin anak saya sebab saya rasa dia masih kecil.
Tapi disebabkan setiap minggu dia perlu jalani latihan bolasepak di akedemi, saya rasa lebih baik Mikhail dapatkan vaksin. Tak de masalah bagi saya kalau anak saya terkurung dalam rumah. Tapi disebabkan dia perlu keluar saya putuskan untuk dia ambik vaksin.
Alhamdulillah Mikhail pun tak de menolak dan dia ok saja. Lagipun sehari sebelum dia divaksin, dia nampak gambar kawan sekelas dia pun dah divaksin.
Pukul 6 pagi dia dah bangun. Teruja nak pergi vaksin kot. Jam 10 baru kami gerak ke Dewan MPKK Bandar Cassia.
Masa tu tak ramai pun . Proses pun berjalan lancar dan selesai dengan cepat.
Berapa dos vaksin untuk kanak-kanak?
Selepas dos pertama ,dos kedua akan diberi pada kanak-kanak. Dan ikut pada kad kad vaksin, mikhail akan diberi dos kedua pada Mei nanti. Selang 8 minggu untuk dia dapatkan dos kedua nanti
1 botol vaksin Pfizer boleh diberi pada 10 orang kanak-kanak. Ini bermakna mereka hanya diberi 0.2 ml untuk 1 dos suntikan.
Kesan selepas anak di Vaksin
Untuk Mikhail saya pilih Pfizer. Ibu bapa boleh pilih nak anak diberi vaksin apa. Sama ada Pfizer atau sinovac.
Mikhail ni memang takut jarum. Tapi tak sangka kali ni dia ok dan tenang saja..mungkin malu sebab ada budak² lain kat situ.
Selepas vaksin , doktor yang bertugas nasihatkan Mikhail supaya jangan bersukan, main bola atau berlari.
Balik rumah dia ok saja. Tak de merungut sakit atau lenguh tangan. Saya nasihatkan dia minum banyak air masak . Jam 10 malam dia dah tidur.. tapi sepanjang malam saya masuk bilik dan periksa suhu badan takut-takut dia demam.
Alhamdulillah memang tak de demam atau merungut sakit sampai la sekarang dah masuk hari ke 3 (15.32022). Semua nya ok dan dia sangat sihat. Selera makan nya ok, suhu badan pun ok dan dia tak de masalah sakit kepala ,muntah atau sesak nafas.
Walaupun Mikhail ada alahan pada habuk dan bulu kucing ,tambahan pula dia ada masalah sinus, dia tak menghadapi masalah selepas vaksin. Tiada alahan dari vaksin yang diambil dan dia kekal cergas.
Jadi pada semua ibu bapa yang berbelah bahagi untuk anak diberi vaksin, jangan risau sebab vaksin ni selamat untuk semua. Kalau masih rasa risau mungkin korang boleh buat dulu pemeriksaan kesihatan anak di hospital dan kemudian baru putuskan sendiri sama ada anak korang perlu di vaksin atau tidak.
Semoga artikel ni dapat membantu korangembuat keputusan.
0 Ulasan