KULIT MUKA LEMBAB DAN CANTIK SELEPAS SEMINGGU MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM HANSEAGEE NATURE



KULIT MUKA LEMBAB DAN CANTIK SELEPAS SEMINGGU MENGGUNAKAN AQUA WHITENING CREAM HANSEAGEE NATURE | Hye Semua.. Sejak sebulan lepas cuaca di negara kita ni bukan main panas sampai bagi kesan juga pada kulit muka ni. Muka cepat kusam dan kering.  Bila pakai makeup atau bedak jelas nampak kulit muka mengelupas terutamanya dibahagian dahi dan hidung.

Solekan jadi tak cantik dan tak sekata.

Saya jadi malas nak keluar rumah bila kulit dalam keadaan macam ni. Tapi nasib saya baik sebab saya jumpa satu produk yang diperkenalkan rakan-rakan blogger iaitu Hansaegee Nature : Aqua Whitening Cream. 
 Mula-mula baca review dari blogger lain rasa risau nak guna takut tak sesuai dengan kulit Tapi bila dah cuba beberapa hari terus jatuh cinta.




Aqua Whitening Cream Yang Ringan Bak Titisan Air


Cream ni bukan cream yang berminyak macam cream biasa.  Cream ni ringan je. sekali tengok macam gam tepung ubi pun ada. Hahahah..

Part  yang best nya : Korang ambik sikit dan sapu pada belakang tapak tangan. Gosok sikit je dan lepas tu  keluar titisan air pada kulit kita. Itu lah yang buat kulit kita sentiasa lembab. saya jadi macam jakun sekejap sebab tak pernah guna cream yang macam ni weh!!!



Cream ni tak berminyak .Sebab tu bila kita pakai tak de jerawat atau kulit mengelupas. Tak de gatal-gatal atau rasa panas pada kulit. Semua jenis kulit boleh pakai cream ni

Musim panas macam ni bila sapu je Aqua  Whitening Cream pada kulit , rasa sejuk nyaman je. Selesa sangat..


Kelebihan Aqua Whitening Cream untuk Mencerhkan kulit dan melembabkan.


Aqua Whitening Cream dari Hansaegee Nature ni sebenarnya bukan sahaja sebagai pemutih tapi yang best nya ianya juga melembab kan kulit.  Kiranya macam Moisturizer la jugak..

Ianya  memperbaiki lapisan kulit kering pada wajah saya. Sekarang ni kulit wajah jadi lembab dan cantik. Hari-hari nak tengok muka sendiri kat cermin. Heheheh..

Selain cream yang tidak melekit dan tidak berminyak ianya juga cepat meresap ke dalam kulit. Cream ni meningkat kan kelembapan pada kulit saya.

Bila kulit kita lembab kulit juga akan terhindar dari masalah penuaan dan garis halus pada bahagian tepi mata dahi dan mulut terutamanya


Kandungan Aqua Whitening Cream Yang mengandungi Minyak Benih Camellia Japonica


Apa yang membuatkan cream ni sangat bagus untuk melembab dan mencerah kan kulit sudah tentu lah kerana kandungan bahan yang terdapat dalam Aqua Whitening Cream ni.

Tengok kandungan nya di bahagian kotak cream ni banyak betul bahan-bahan nya.Setiap bahan tu ada fungsinya sendiri.


Ada satu bahan dalam Aqua Whitening Cream ni yang dikenali sebagai Minyak Benih Camellia Japonica . Minyak ini boleh menyerap jauh ke dalam kulit. Fungsinya ialah :-

• tidak membuatkan pori kulit tersumbat, dan tidak menyebabkan jerawat
• memulihkan kulit kering & Sun Burn
• Mengekalkan kelembapan  jauh ke dalam kulit

Cara menggunakan Aqua Whitening Cream Sepanjang Hari


Saya gunakan Aqua Whitening Cream setiap hari dan setiap masa. Setiap kali lepas solat muka pun masih bersih, keringkan dulu wajah dan kemudian saya apply cream ni. Oleh sebab ianya tak melekit dan buat wajah selesa saya tak de masalah nak gunakan cream ni sepanjang hari.



Calit sikit cream dan letak dekat dahi pipi dagu dan hidung. Kemudian saya ratakan keseluruh wajah. Bila dah rata tepuk-tepuk sikit muka tu.

Masa kita tepuk-tepuk tu la titisan air akan muncul pada kulit kita. Jangan lap pulak air tu.Biarkan saja pada wajah kita.

Pertama kali guna cream ni langsung tak de rasa gatal-gatal atau panas. Tak de bintik-bintik pada muka. Sangat selesa walaupun kita apply makeup selepas guna cream ni.


Makeup jadi cantik dan tak ganggu solekan kita. Saya memang recommend kan korang try produk ni sebab korang tak kan menyesal. Berbaloi dengan harga, Produk Korea ni weh!! Dah ramai yang review cakap best.



Korang nak try usha details kat bawah ni.:

Company name: Hansaegee Nature 





Catat Ulasan

0 Ulasan