DOA SELEPAS SOLAT HAJAT | Solat Hajat biasanya dilakukan seseorang ketika mempunyai hajat dan keinginan yang mendesak. Solat Hajat dilakukan dengan 2 rakaat dan diakhiri dengan doa yang memohon hajat yang diingini.
Solat hajat perlu dilakukan dengan hati yang bersih dan menyerahkan segalanya kepada Allah s.w.t.
Doa Selepas Solat Hajat Yang Mustajab
Nabi SAW menyarankan,sesiapa yang berhajat sesuatu kepada Allah atau kepada manusia agar berwudhu' dan melakukan solat sunat hajat dua rakaat.
Kemudian bacalah doa ini dan mohonlah apa-apa hajat yang diinginkan. Doa itu akan dimakbulkan.allah s.w.t.
Doa-doa ini juga boleh dibaca ketika solat fardu.
Kelebihan Melakukan Solat Hajat
Sebagaimana kelazimannya di negara ini, kita sering melakukan Sembahyang Sunat Hajat memohon ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala terhadap perkara yang dihajati. Sesungguhnya Sembahyang Sunat Hajat merupakan sembahyang sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran.
Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan daripada Allah Subhanahu Wata’ala dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan.
Walau bagaimanapun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah yang Maha Pencipta.
Cara Solat Hajat 2 Rakaan
Sembahyang Sunat Hajat boleh didirikan sama ada pada waktu siang mahupun malam hari. Lebih afdal sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam.
Sembahyang Sunat Hajat dilakukan dengan pelbagai cara dan ia boleh didirikan sehingga dua belas rakaat dan paling minima adalah dua rakaat.
Antara kelebihan yang diperolehi oleh mereka yang mengerjakan Sembahyang Sunat Hajat itu ialah mereka akan berasa tenang setelah hajat disampaikan kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Mereka juga akan menjadikan lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah Subhanahu Wata’ala. Selain itu, permohonan juga akan dimakbulkan Allah Subhanahu Wata’ala dan yang lebih penting kita sebagai hamba Allah yang bersifat lemah ini memerlukan pertolongan daripada Allah Subhanahu Wata’ala.
Kita hanya mampu merancang dan berusaha memohon kepada Allah Subhanahu Wata’ala sebagai usaha kita untuk mencapai sesuatu hajat.
Memandangkan betapa besarnya kelebihan Sembahyang Sunat Hajat ini, maka rebutlah ganjaran tersebut dengan menunaikannya.
Jadikanlah Allah Subhanahu Wata’ala sebagai tempat kita memohon pertolongan dan tempat kita mengadu dalam semua hal sama ada ketika susah atau senang. Sama-samalah kita memperbanyakkan amal ibadat demi meraih keredaan Allah Subhanahu Wata’ala. Amin Ya Rabbal'alamin.
0 Ulasan