DIY MEMBUAT LEAF IRON WALL PALING JIMAT HANYA MENGGUNAKAN BARANG DI KEDAI ECO

DIY MEMBUAT LEAF IRON WALL PALING JIMAT HANYA MENGGUNAKAN BARANG DI KEDAI ECOSejak PKP hari tu suka betul saya tengok group-group dan kelab Dekorasi Rumah di Facebook. Banyak betul idea diaorang ni yang buat rumah nampak cantik dan menarik. Salah satu yang paling saya rasakan menarik ialah cara DIY membuat Leaf Iron Wall yang menggunakan barang-barang dari kedai ECO je. Lebih jimat dan menepati citarasa kita sendiri.



Kalau nak tahu harga asal leaf iron wall ni kalau di kedai-kedai sangat lah mahal. Kebiasaan nya Iron wall ni menggunakan warna chrome ataupun gold untuk menonjolkan kemewahan pada satu-satu ruangan dalam rumah.

Tapi ada juga yang lebih suka iron wall dengan warna-warna lain agar lebih bersesuaian dengan konsep moden di dalam rumah. Hari ni saya kongsikan untuk pembaca-pembaca sekalian cara DIY membuat Leaf Iron Wall yang telah dikongsikan oleh saudara Raden Eryanie di kelab Deko Sebelum Dan Selepas.




Dah banyak artikel yang kongsi cara membuat Leaf Iron wall dari Raden Iryanie. So saya kongsikan di blog saya la pulak untuk rujukan peribadi dan mungkin juga untuk korang yang berminat nak membuatnya sendiri.


Bahan-bahan yang digunakan ialah :-


Frame gambar (boleh dapatkan di IKEA atau nak lebih jimat beli di kedai DIY)

daun (boleh beli di kedai eco)

Cat (gold dan Metal)

Glue



Cara membuatnya.


Cat dulu frame dan daun dengan warna gold dan metal. Lihat pada gambar di bawah cara daun tu dicat.  Warna metal pada bahagian tengah dan warna gold di bahagian tepi daun.





Lepas frame dan daun dah kering lekat kan frame berselang seli menggunakan hot glue gun.

Kemudian lekat pula daun pada bingkai gambar mengikut kreativiti dan citarasa korang.

Bila dah kering dan sempurna potong lebihan batang pada daun.




kemudian boleh la korang gantung kan di dinding di sudut yang ingin korang deco.




Macam harga ratusan ringgit padahal hanya menggunakan modal yang kecil saja. Semoga artikel ni dapat membantu korang membuat sendiri Leaf Iron wall yang cantik dan menarik. Selamat mendeko.




Catat Ulasan

0 Ulasan