DI ISRAEL ADA RITUAL MEMINDAHKAN DOSA KEPADA AYAM DAN IKAN

DI ISRAEL ADA RITUAL MEMINDAHKAN DOSA KEPADA AYAM DAN IKAN | Ketika ini di Israel berbagai perayaan diaraikan dan waktu inilah masa yang paling sibuk bagi mereka. Dalam kalender Yahudi , hari Yom Kippur atau pun hari kedamaian adalah hari yang paling penting. Sehari sebelum Hari Yom Kippur, satu ritual memindahkan dosa kepada ayam dilakukan. Ritual ini dinamakan sebagai Kaparot



Menurut tradisi,  ayam hidup akan di hayun di atas kepala sebanyak tiga kali untuk memindahkan dosa seseorang kepada ayam. Mungkin kelihatan aneh bagi sesetengah orang, tetapi itulah tradisi di kalangan ahli agama di sini .

Mea -Shearim salah satu tempat yang terletak di Baitulmagdis Barat masih mengekalkan ritual  Kaparot. Kemuniti disini masih mengekalkan gaya hidup lama sehinggalah ke cara mereka berpakaian.




Sebelum menjelang hari Yom Kippur, rumah sembelihan akan dibina. Orang ramai akan berbaris menunggu giliran diluar dan ayam akan di hayunkan atas kepala untuk ritual memindahkan dosa. Ayam tersebut kemudian nya di sembelih dan kemudian nya di agihkan kepada orang ramai.

Terdapat bebrapa syarat yang perlu ikuti untuk menjalankan ritual Kapariot ini. Dalam ritual ini ayam yang digunakan mestilah ayam hidup. Ada yang menggunakan 1 ekor anak ayam untuk semua ahli keluarga dan ada juga yang menggunakan 2 ekor ayam untuk wanita hamil. Ianya bergantung kepada status seseorang.



Penduduk di  Mea Shearim selalunya tidak mempunyai reputasi baik dengan orang luar. Mereka sangat berpegang teguh pada tradisi yang berasal dari ratusan tahun yang lalu, yang seringkali bertentangan dengan dunia modern.

Misalnya, mereka tidak akan memandu sepanjang hari Shabbat, Iaitu hari cuti hujung minggu bagi yahudi yang jatuh pada hari Sabtu. Mereka percaya kereta yang dipantu dikawasan itu akan terkena batu.



Satu lagi ritual memindahkan dosa dikenali sebagai Tashlich. Ianya adalah waktu dimana mereka akan berdoa untuk memindahkan dosa-dosa mereka kepada ikan. Beberapa orang akan berdiri di dalam belas yang berisi ikan.

Kebiasaan nya pada hari Yom Kippur semua tempat percutian di tutup termasuk kedai-kedai dan bangunan pejabat.


sumber: correspondent

Catat Ulasan

0 Ulasan