CARA PALING CEPAT UNTUK BUAT TIDUR LENA DALAM MASA KURANG 3 MINIT | Tidur yang lena sangat penting untuk badan. Selepas seharian keluar bekerja dan melakukan berbagai perkara, waktu malam la masa yang penting untuk merehatkan badan. Tidur yang mencukupi sangat diperlukana bagi mereka yang aktif.
Namun ada masanya jika badan terlalu letih mata sukar untuk dilelapkan. Ke kiri dan kekanan mata masih tak mahu lena. Disini saya kongsikan satu tips mudah untuk melelapkan mata hanya dalam masa kurang 3 minit.
Cara ini di namakan metode 4-7-8. Peringkat usia dari kanak-kanak hingga dewasa mampu melakukan nya.
Langkah pertama , berbaring lah ditempat tidur dengan keadaan selesa.
kemudian tarik nafas 4 saat menggunakan hidung dan tahan selama 7 saat.
Lepas tu hembus nafas melalui mulut selama 8 saat .
Ulang langkah ini berulang kali sampai anda akan terlena dengan sendiri.
Seorang pakar kesihatan, Andrew Weil menjelaskan teknik dari cara meditasi lama ini sangat berkesan untuk membuat mata cepat terlelap malah jika anda terjaga dan terbangun dari tidur di tengah malam , teknik ini boleh digunakan agar anda dapat tidur kembali,
Teknik ini juga boleh anda lakukan jika anda dalam keadaan stres. Selamat mencuba.
0 Ulasan