CARA HILANGKAN SELSEMA DAN UBAT SELSEMA PALING MUJARAB

CARA HILANGKAN SELSEMA DAN UBAT SELSEMA PALING MUJARAB | Cuaca yang tidak menentu sedikit sebanyak menjejaskan kesihatan kita dan ahli keluarga. Ditambah dengan covid19 yang melanda, selsema mungkin membuatkan kita berasa risau jika ahli keluarga dijangkiti covid19.

 


Selsema boleh mengganggu aktiviti seharian malah mudah berjangkit pada orang lain.  Mererka yang mempunyai antibodi yang lemah sudah tentu akan kerap mengalami selsema. Namun begitu sebenarnya selsema mudah diubati.

Dengan berbagai ubatan tradisional dan moden selsema biasanya akan sembuh hanya dalam tempoh seminggu. Berbagai petua dan ubatan yang boleh digunakan untuk merawat selsema dengan cepat.

Merawat selsema dengan bahan semula jadi

Selsema biasanya dialami oleh mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah. Mereka yang mengidap selsema boleh mengambil beberapa bahan semulajadi ini untuk menguatkan sistem imun dalam badan.

Halia

.bawang putih

.daun sireh

.madu

.oren

.keledek

Ubat selsema paling mujarab

Selain bahan semulajadi , ubatan moden juga boleh digunakan malah ubatan moden lebih mudah didapati dan mudah untuk dimakan. Pengambilan nya terhad dan perlu mengikut sukatan yang disarankan oleeh doktor.

Ubatan selsema dalam bentuk cecair diberikan pada kanak-kanak mengikut berat badan dan ketinggian. Pengguna juga perlu membaca label sebelum makan ubat selsema.

Makan ubat selsema dengan jumlah yang berganda dari yang disarankan doktor tidak akan membuatkan selsema anda berkurangan makah ianya mungkin memburuk kan lagi keadaaan elsema anda.

Ubat ubataan untuk selsema

sumber:portalmyhealth

Antara ubatan selsema yang mudah dibeli di farmasi dan sangat mujarab.








Kesemua ubat selsema yang disenaraikan ini boleh didapati di farmasi. Ada juga antara ubatan ini yang digunakan untuk merawat alahan dan gatal-gatal seperti. Anda hanya perlu ke farmsi dan tunjuk kan jenis ubat yang anda ingin kan. Dapatkan juga nasihat dan cara pemakanan dah ahli farmasi.

Dapatkan juga penjelasan dari ahli farmasi untuk mengetahui sama ada ubat tersebut boleh memberi kesan mengantuk. Ubat yang membuatkan anda mengantuk tidak boleh dimakan sebelum anda memandu atau mengendalikan mesin.

Cara hilangkan selsema



1. makan sup panas. Sup yang panasssangat bagus untuk membantu memberi keselesaan pada anda yang mengidap selsema. Ini disebabkan haba panas dan bahan-bahan rempah yang digunakan.

2. Elak kan tempat yang sejuk.  Cuaca yang sejuk akan menyebabkan selsema menjadi bertambah buruk. Pakai pakaian tebal dan elak kan terlalu kerap mandi dengan air yang terlalu sejuk. Mandi dengan air suam juga akan membuatkan tubuh berada dalam keadaan selesa dan segar.

3. Minum air. untuk elak kan mukus menjadi tebal minum banyak air putih . minum banyak air juga boleh membuatklan badan kita kekal berhidrasi.

4. makan lozeng. Kebiasaan nya selsema akan disertai dengan tekak yang sakit dan kurang selesa. Pengambilan lozeng mampu mengurangkan rasa sakit tersebut.

5. Banyak kan berehat. Rehat yang cukup sangat diperlukan. selema akan membuatkan anda berassa lemah. jadi kurangkan aktiviti luar dan berehatlah dirumah untuk mengelak kan jangkitan.

Catat Ulasan

0 Ulasan