BIO-LIFE ASTAXANTHIN 6MG PRODUK UNTUK KEMBALIKAN KULIT MUDA REMAJA SELEPAS 2 BULAN

BIO-LIFE ASTAXANTHIN 6MG PRODUK UNTUK KEMBALIKAN KULIT MUDA REMAJA SELEPAS 2 BULAN | Saya ada post gambar Astaxanthin di facebook minggu lepas. Ramai pulak yang macam berminat dengan produk tu. Saya baru je makan tu. Tak sampai seminggu lagi. Sebelum ni pernah juga Nampak produk Bio-life tu kat Watsons. Tapi yang 4 mg. Yang saya makan sekarang ni Bio-Life astaxanthin 6 mg.



Tak tahu la apa bezanya. Tapi hari ni saya cerita sikit la pasal astaxanthin 6mg ni. Bagi yang tertanya-tanya Bio-Life Astaxanthin ni ada kelulusan KKM ke? 

Ye.. Produk ni ada kelulusan KKM. Reg No: MAL15105003NC . Pada kotak nya juga ada Hologram Meditag.

Apa itu astaxanthin?

Ni bukan sekadar nama yang tertera pada botol Bio-Life ni tapi Astaxanthin ialah satu penemuan baru oleh ahli sains yang mendapati astaxanthin boleh memberi sumber yang baik dan terkuat kepada tubuh badan.

Astaxanthin ni adalah pigmen merah yang boleh didapati dalam orgasma hidup macam udang ikan dan ketam.

Bila kita amalkan ambil astaxanthin, ianya akan bertindak balas pada setiap bahagian kulit , mata dan jantung kita. Padahal ambil sebiji sehari je. Tapi power dia punya khasiat ni tak payah di sangkal lagi.

Kulit kita adalah  bahagian badan paling besar dan beratnya adalah 7% dari tubuh badan kita. Jadi bayangkan bahagian paling besar ni dah tentu lah memerlukan penjagaan yang rapi dari segi kebersihan terutamanya.

Tahu tak antara penyebab kulit kering dan rosak ialah kesan dari penggunaan bahan  pencuci atau penjagaan kulit kita. Sebab itu lah kita kena ambil Bio-Life setiap hari untuk membantu memulihkan kembali kulit kita dengan melindungi kulit, melembabkan kulit, menghalang penghasilan Melanin dan juga meningkatkan bekkalan nutrient ke tisu kulit.



Kenapa perlu ambil Bio-Life Astaxanthin 6mg 2 biji sehari?

Lumrah manusia biasa bila semakin lama usia makin meningkat, salah satu perkara yang dia risau ialah bab kesihatan badan dan kulit.

Baca tak berita baru-baru ni yang kata “Ramai Rakyat Malaysia takut Tua..” Saya lah salah seorang nya tu. Kita takut tua bukan sebab takut mati atau takut tak cantik. Tapi bila tua ni segalanya jadi terhad untuk kita. Saya tak mau usia tua menghalang saya untuk bergerak dan kekal cergas macam orang lain.

Jadi kena lah ambil juga supplement. Dan untuk kecantikan kulit saya pilih Bio-Life astaxanthin 6mg kerana dengan pengambilan 6mg astaxanthin setiap hari mampu mengurangkan  kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit.

Manakala kalau ambil 12mg setiap hari pulak sangat baik untul menghindari kita dari kulit gatal-gatal. Bagi yang pernah baca entry saya pasal gegata dulu mesti tahu yang saya ni memang alami masalah gatal-gatal pada kulit. Saya harap dalam masa sebulan dua nanti saya dah sembuh. Sekarang pun disamping saya dapatkan rawatan dari klinik saya juga makan Bio-Life Astaxanthin sebiji setiap hari..

Apa Kebaikan yang saya dapat kalau saya amalkan makan Bio-life Astaxanthin 6mg ni?

Saya baru je lagi makan Bio-life ni. So buat masa ni tak Nampak lagi la kesan nya. Tapi saya percaya apa saja supplement kesihatan dan kecantikan kalau diamalkan akan beri manfaat mengikut tujuan nya.

Bio-Life Astaxanthin ni khas untuk kembalikan kecantikan kulit. Ianya mengembalikan kemudaan kulit kita dari dalaman. Dalam tempoh dua bulan je kulit kita akan mula nampak pemulihan dan lebih elastic, kedut yang berkurangan.

 Astaxanthin 4 mg pun bagus juga sebenarnya. Cuma astaxanthin 6mg ni formula baru . Harga dia pun berbeza sikit la ye.

Terserah korang selesa makan yang mana tapi korang kena cuba lah yang formula baru ni. Mana tahu effect nya lebih lagi dari astaxanthin 4mg sebab astaxanthin ni kalau diambil lebih pun sangat bagus.



Macam mana Astaxanthin ni boleh bantu mengembalikan kulit muda remaja ?

Ok..ni panjang cerita nya. Korang mesti selalu kena panas dan mustahil la korang tak kena cahaya matahari. Kita kat Malaysia ni senang sangat nak terdedah pada cahaya panas matahari yang melampau.

Bila terdedah pada cahaya matahari , itulah punca utama kulit kita mula mengalami beberapa perubahan. Memula jadi merah , lepas tu kering , kemudian mengelebeh, kendur dan akhir sekali jadi berkedut.

Yang tak kena matahari jangan ingat kulit korang dah cukup selamat dari mengalami penuaan tau. Ada punca lain juga kenapa kulit korang cepat tua .Antara puncanya ialah Pencemaran, stress, merokok atau asap rokok , diet yang tak seimbang dan juga rutin skincare yang salah.

Disinilah Astaxanthin akan bantu semula kulit korang dari lapisan bawah kulit untuk kembali anjal dan berseri. Proses nya ambil masa tapi seawall 4 minggu dah boleh nampak perubahan nya. Masuk 2 bulan complete kulit makin sihat dan cantik.

Dimana boleh dapatkan Bio-Life astaxanthin 6mg ni?

Korang boleh dapatkan di farmasi dan drugstore yang berhampiran dengan korang. Guardiandan CARiNG Pharmacy pun ada juga. Senang je nak cari.  Harganya juga tak la mahal sampai beratus.

Kalau kat Guardian tengah ada sale harganya rm76. 98. Dan harga diCARiNG Pharmacy pulak Cuma rm79.90 . Korang boleh check untuk tahu dimana boleh dapatkan Bio-Life Astaxanthin 6 mg melalui Website Bio-Life Astaxanthin 6mg.

Untuk belian di Shopee : https://shope.ee/1AgNBMyZlo


Catat Ulasan

0 Ulasan