BERAPA BANYAK AIR YANG SEPATUTNYA KITA MINUM SETIAP HARI.

BERAPA BANYAK AIR YANG SEPATUTNYA KITA MINUM SETIAP HARI| Baru-baru ni saya terbaca tentang perdebatan beberapa pengguna twitter tentang jumlah air yang sepatutnya kita minum. Ini berikutan penjelasan seorang pengguna twitter yang menyarankan untuk kita minum air sebanyak mungkin. Menurut beliau minum banyak air mampu menurunkan berat badan.



Dia juga turut berkongsi pengalaman mmenurunkan berat badan selepas minum hampir 7 liter air setiap hari. Perkara tersebut mendapat tentangan ramai yang percaya tindakan lelaki tersebut hanya akan membahayakan nyawa kerana akan menyebabkan buah pinggang kita akan bekerja keras dan akan menyebabkan kerosakan.

Sebenarnya berapa banyak air yang kita patut minum setiap hari?

Berapa banyak jumlah air yang sepatutnya kita minum bergantung kepada aktiviti yang kita lakukan setiap hari. Jika kita kerap melakukan aktiviti lasak yang membuatkan kita lebih banyak berpeluh dan haus maka banyak lah air yang sepatutnya kita minum.

Namun jika kita tidak merasa haus atau rasa tidak perlu minum , maka tak payah lah minum. Namun kita digalak kan untuk minum 3liter air setiap hari bagi lelaki dan 2 liter bagi wanita. Ianya bukan lah satu ketetapan cuma kuantiti air yang digalak kan ini adalah yang bersesuaian dengan tubuh badan kita. jika tidak dapat minum sehingga 2-3 liter sehari cukup lah dengan mengambil air putih sebanyak 8 gelas sehari.

Kuantiti air yang diambil setiap hari bukan lah hanya tertakluk kepada air putih sahaja. Ianya mungkin air jus, sup , susu dan mungkin juga buah-buahan yang mengandungi banyak air.



Kesan buruk jika Minum air berlebihan.

Setiap organ dalam badan kita memerlukan air. Air membolehkan badan kita berfungsi dengan baik dari perut hinggalah ke kelenjar peluh. Minum air yang cukup meningkatkan fungsi otak kita  untuk mengekalkan maklumat dengan lebih cekap.

Sekiranya kita tidak minum air dengan mencukupi, badan kita akan menjadi kering, dan semuanya akan menjadi perlahan, ini boleh menyebabkan fungsi buah pinggang kita berkurangan dan  meningkatkan risiko jangkitan dalaman.

Namun minum air juga ada kesan buruknya jika ianya diambil secara berlebihan. Minum air berlebihan menjadikan buah pinggang terbeban dan ianya boleh menyebabkan elektrolit di dalam badan tidak seimbang.

Minum air terlampau banyak bukan penyebab kurus malah ianya  mungkin menyebabkan sawan. Cara nak kurangkan berat badan adalah dengan bersenam dan mengurangkan pengambilan kalori.

Catat Ulasan

0 Ulasan