APA JENIS MAKANAN YANG MENGGUNAKAN LEMAK BABI (LARD)

APA JENIS MAKANAN YANG MENGGUNAKAN LEMAK BABI (LARD) | Saya bukan lah traveler atau food hunter yang selalu kesana sini mencuba berbagai makanan luar. Tapi saya selalu menonton berbagai rancangan masakan dan dokumentari tentang makanan dan masakan luar negara.

Sedikit sebanyak memberi saya pendedahan berkaitan makanan dan masakan. Tak la kita ni dilabel sebagai kaki makan saja. Hahha.

Penting untuk kita tahu tentang masakan dan makanan luar  memandangkan kita ni orang islam yang  memang dilarang untuk makan makanan yang mengandungi bahan tidak halal.



Kali ni saya nak bercerita tentang penggunaan lemak babi dalam masakan. Mungkin ada yang rasa , betul ke ada lemak babi yang dimasuk kan dalam makanan? kenapa banyak sangat makanan yang boleh letak lemak babi? Macam tak logik je.. Tak kan Kek dan desert pun ada lemak babi?? Tak kan la laksa dan mee pun diaorang nak letak lemak babi?

Percaya atau tidak, lemak babi boleh la diumpamakan sebagai penyedap dalam masakan. Macam kita guna serbuk perasa la. Dalam mee goreng pun letak serbuk perasa, laksa , sup, inti-inti kuih pun letak serbuk perasa, sambal dan banyak lagi.

Macam tu la mereka menggunakan lemak babi dalam banyak maskan mereka.

Kebiasaan nya lemak haiwan yang digunakan dalam masakan ni ni mesti ianya datang dari Babi. Ada juga yang dari angsa atau itik. Tapi yang banyak digunakan ialah lemak dari babi. Lemak babi ni paling banyak sekali digunakan untuk buat sabun. So korang hati2 la kalau pergi luar negara nampak orang jual sabun comel2 tu tanya lah dulu sabun tu dibuat dari apa. Jangan main beli saja.

Walaupun lemak babi ni digunakan dalam masakan tapi bagi mereka yang mengamalkan gaya hidup sihat mereka akan mengelak untuk ambil lemak babi dalam masakan diaorang la. Pertama nya nama pun lemak so boleh agak la banyak mana kandungan lemak tu walaupun ada yang mengatakan kandungan lemak tepu nya lebih rendah.



Kebanyakan chef bukan islam diluar negara memang suka menggunakan lard  (lemak babi) dalam hidangan pastri sebab ianya lebih ringan dan hasilnya lebih baik jika nak dibandingkan dengan penggunaan shortening. Jadi jangan fikir lard ni hanya digunakan untuk masak makanan berkuah macam mee dan sup sahaja.

Jumlah yang digunakan pun bukan nya banyak. Hanya sedikit dan korang pun tak kan perasan benda ni ada dimasuk kan dalam makanan korang.

Lemak babi atau lard juga digunakan dalam pembuatan roti. Ada roti yang guna mentega tapi ada juga yang menggantikan mentega dengan lard.



"semua sini makanan tak halal. I makan roti je la.." Padahal dalam roti pun ada yang menggunakan lard sebagai bahan ganti mentega.

Cara membuat lard tak la susah. Benda ni juga lepas di masak boleh tahan lama . sebab tu penggunaan lard dalam masakan diaorang ni sangat meluas.

Mula-mula lemak babi dibersihkan dan dipotong kecil2. Kemudian dimasak atas api dengan sedikit air. Dicampurkan sedikit bawang putih dan kulit kayu manis dan bunga lawang. Lama kelamaan minyak dari lemak akan keluar. Minyak tu la akan di tapis dan di simpan untuk digunakan dalam masakan.

Lepas baca ni terpulang lah pada korang sama ada nak terus yakin dengan apa yang korang makan atau nak letak kan sedikit rasa was-was pada makanan yang korang beli dari kedai yang tak pamerkan sijil halal.

Selalunya kalau kedai dalam mall memang senang kita nak pastikan ianya halal atau tak. Tapi kedai2 yang diluar malll atau dibangunan persendirian ni susah sikit la.



Saya pun kadang-kadang kagum jugak dengan segelintir umat silam yang dengan yakin nya melangkah masuk ke kedai yang bukan silam yang macam gambar atas tu.

Ada juga yang kat dalam kedai tu siap ada anjing tidur bawah meja. Dia selamba je masuk makan kat kedai tu. Entah la..selera manusia ni lain-lain..kan? Ada yang tak kisah..Asalkan kenyang.!

Catat Ulasan

0 Ulasan