TIP DAN CARA BETUL AJAR ANAK BERPUASA



TIP DAN CARA BETUL AJAR ANAK BERPUASA | Tak lama je lagi kita nak masuk ke bulan Ramadhan bermakna akan bermula la ibadah puasa untuk umat islam.Saya fikir nak mula mengajak Mikhail untuk belajar puasa.Tak tahu la berjaya ke tidak tapi dia baru umur 4 tahun lebih.Setakat nak ajar dia puasa tu apa, waktu bila, apa yang boleh dan tak boleh..itu saja la..Nak suruh dia tahan makan seharian tu rasanya belum masanya kot.Kalau setengah hari boleh la.heheh..

Ada ke yang nak tips ajar anak puasa?Kalau ada meh baca beberapa tips mudah untuk ajak anak belajar puasa.Dari kecil la kita patut mulakan supaya bila dia dah besar berpuasa bukan lagi menjadi masalah pada nya.


Apa yang perlu korang lakukan untuk permulaan ajak anak duduk bercerita mengenai puasa.Boleh ceritakan sejarah2 Nabi ketika berpuasa dan terangkan kenapa perlu berpuasa dan kebaikan nya.



Anak-anak kecil suka kan sokongan dan motivasi.Boleh berikan anak-anak pujian atau ganjaran berupa wang atau pun barangan yang sudah lama mereka ingin kan.Tapi dalam masa yang sama korang perlu tekan kan bahawa ganjaran yang korang berikan tidak lah penting dan tidak menjadi keutamaan kerana yang paling penting sekali adalah ganjaran syurga dan pahala dari Allah.

Sudah menjadi kebiasaan kanak-kanak memang sangat aktif dan sentiasa ada sahaja aktiviti yang membuatkan mereka cepat letih tambahan lagi di bulan puasa.


Selalu ingatkan anak supaya jangan terlalau banyak berlari atau bermain kerana ia nya akan membuat kan mereka cepat berpeluh , kehilangan air dalam badan dan sekaligus mereka akan letih dan tidak dapat meneruskan ibadah berpuasa.Korang boleh ajak anak lakukan aktiviti ringan supaya dia tidak bosan .



Anak-nak saya paling suka kalau saya masak apa yang mereka suka.Saya percaya anak korang pun macam tu jugak kan.jadi gunakan ini sebagai sesuatu yang buat anak ingin berpuasa.Beritahu anak yang jika dia berpuasa korang akan masak kan makanan kesukaan nya apa bila berbuka nanti.

Begitu juga bila bersahur.Nak galak kan dia untuk bersahur, beritahu yang korang ada masak makanan kegemaran nya.Nak kejutkan dia memang susah jadi pastikan korang kejut mereka awal sikit.Jangan lagi setengah jam nak habis waktu sahur baru nak kejut kan.Budak-budak ni paling lama nak pujuk dia sahur pun mau 1 jam..kan??Macam anak saya , buka tv je semua terbuka mata..heheheh



Sementara tunggu waktu berbuka ajak anak untuk memask bersama dan menyiap kan hidangan berbuka bersama-samanya.Korang juga boleh sekali sekala ajak anak berbuka diluar sebagai cara untuk menghargai apa yang mereka lakukan.Disamping tu jangan lupa beri anak vitamin tambahan selepas anak berbuka.Beri anak minum susu untuk kekalkan tenaga mereka.

Catat Ulasan

0 Ulasan