SET TAKOYAKI LENGKAP UNTUK YANG TAK PERNAH BUAT TAKOYAKI - MASAK TAKOYAKI JADI MUDAH| Siapa lah yang tak suka Takoyaki. Makanan popular dari Jepun yang sekarang ni sangat banyak dijual di tepi-tepi jalan kat Malaysia ni. Walaupun harganya agak mahal tapi sentiasa mendapat sambutan. Saya suka Takoyaki original yang isinya cuma sotong.
Photo: Wandercook
Kalau nak dapat yang macam tu kena buat sendiri la sebab kebanyakan Takoyaki yang ada di Malaysia ni dah diolah untuk menjimatkan kos. Kalau letak sotong aja mungkin harga nya lagi mahal. Tapi Takoyaki di Malaysia , ada sosej, ada sayuran, ada udang, ayam dan crab stick.
Tak pernah buat Takoyaki ?? Jangan risau. Sekarang dah ada cara mudah buat Takoyaki. Cukup ada pengalaman tengok video orang masak Takoyaki, korang dah boleh buat Takoyaki sendiri
Baru-baru ni kakak saya minta tolong belikan set Takoyaki. Bila barang dah sampai bermula la projek membuat Takoyaki. Cara membuatnya sangat mudah sebab dalam set ni dah disiapkan cara membuat Takoyaki dan bahan-bahan lengkap penyediaan Takoyaki. Kakak saya tu tak pernah pun buat Takoyaki.
Takoyaki Mesti Jadi
Beginilah takoyaki yang sudah siap. Sempurna.!!
Daklam set Lengkap Takoyaki ni ada :
1 Takoyaki Pan
1 Takoyaki premix 400g
1 Bonito Flakes 50g
1 Seaweed Powder 20g
Hinode Takoyaki Sauce 250 ml
Kewpie Japanese Mayo 100ml
Kewpie Spicy Mayonnaise 100ml
Swiss Bare Nacho Cheese 100 ml
Free stick 2
Harga Bahan Untuk Buat Takoyaki
Lengkap bahan dan peralatan untuk membuat Takoyaki. Cuma kita sediakan air dan telur sahaja. Memang puas hati sangat. Harganya juga berbaloi. Untuk satu set ni harga nya cuma RM44.90. Tapi masa saya beli hari tu harganya cuma RM39.90 sebab shocking sale.
Takoyaki pan dalam set ni memang terbaik. Tak melekat dan mudah nak terbalik kan bebola takoyaki. Disediakan juga stick untuk memudahkan lagi proses membuat takoyaki.
Bahan-bahan seperti Bonito Flakes dan sos nya juga disediakan dalam kuantiti yang banyak.
Untuk satu bungkus tepung Takoyaki ni boleh buat dalam 60-70 biji Takoyaki bergantung pada saiz pan yang kita guna. Tapi yang ni dapat dalam 70 biji.
1 biji takoyaki pun orang jual RM1. kalau nak beli 70 biji kira lah sendiri berapa harganya. Buat sendiri dengan kos tak sampai RM50 dah boleh balik untung kalau nak berniaga.
Saya beli Set Takoyaki ni di Shopee. Dan penghantaran memang cepat. Kalau berminat ini link Shopee: https://shp.ee/gpns89j
2 Ulasan
sedap mkn..nk buat xtau sesedap mkn ke x heheee
BalasPadamAnak Kak Sue suka sangat Takoyaki nie.. boleh lah cuba buat nanti..
BalasPadam