KANAK-KANAK 2 TAHUN CEDERA DISERANG BURUNG MERAK PELIHARAAN SETINGGI 2 METER

KANAK-KANAK 2 TAHUN CEDERA DISERANG BURUNG MERAK PELIHARAAN SETINGGI 2 METER | Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun cedera parah di mukanya selepas dia diserang seekor burung merak peliharaan di Serangoon pada Ahad (28 Nov).

Kanak-kanak malang itu dalam perjalanan pulang dari taman permainan di Haus Park, di Serangoon Garden, Singapura, bersama abang dan bapanya ketika dia berhenti di luar sebuah rumah untuk melihat burung merak .

Burung merak itu kemudiannya dikatakan telah menyerang kanak-kanak tersebut.

Menurut The Straits Times, bapa gadis itu, Encik Joo Han, yang berusia awal 40-an, berkata: "Saya melihat burung merak itu berjalan ke hadapan dan meluru kearah anak saya, jadi saya berlari kearah anak saya dan membawanya jauh dari burung merak itu.

"Saya  mengalami sedikit luka di lutut dan siku kiri saya akibat serangan merak itu.  Sambil memegang anak saya dan melindunginya saya memukul burung merak itu dengan lengan kanan saya. Ia menyerang kami beberapa kali."

Pemilik burung merak itu keluar dari rumah tidak lama kemudian dan menarik ekor burung itu ke belakang, tambah Encik Han.

“Saya terkejut kerana kita sering melihat burung merak berjalan-jalan di zoo jadi saya tidak sangka ia boleh menjadi seagresif ini,” katanya.

Ibu kanak-kanak perempuan itu, Puan Kris Chan, 44, menulis di Facebook bahawa anak perempuan nya mengalami luka dan doktor sudah menjahit luka tersebut.

Puan Kris Chan  turut memuat naik empat keping gambar luka di muka anak perempuannya serta pakaian yang berlumuran darah.

Encik Han berkata anak perempuannya, yang masih mempunyai jahitan di mukanya dan kini semakin pulih.

Lembaga Taman Negara (NParks) berkata bahawa ia sedang menyiasat kejadian itu.

"Kami memandang serius kejadian sedemikian dan akan menyiasat semua laporan yang diterima," kata Cik Jessica Kwok, pengarah kumpulan pengurusan haiwan komuniti di Perkhidmatan Haiwan dan Veterinar (AVS), di bawah NParks.

Namun NParks masih tidak menjawab pertanyaan sama ada memelihara burung merak sebagai haiwan peliharaan dibenarkan.

Apabila wartawan pergi ke rumah di mana kanak-kanak itu diserang, tiada siapa yang keluar apabila loceng pintu dibunyikan. Disekitar rumah juga terdapat patung-patung pelbagai burung yang dipamerkan di dinding rumah dan bunyi burung kedengaran dari dalam sangkar.

Jiran-jiran berkata serangan itu mengejutkan, kerana mereka tidak pernah mendengar burung merak yang berukuran tinggi 2 meter itu berkelakuan ganas sebelum ini. 

"Pada waktu petang, pemiliknya akan membuka pintu pagar dan burung merak akan berjalan-jalan, kadang-kadang di jalan raya. Ramai orang akan berhenti dan mengambil gambarnya, terutama apabila bulunya mengembang," kata seorang jiran yang enggan dikenali.

Menurut Pengerusi kumpulan burung Persatuan Alam Semulajadi, Encik Tan Gim Cheong, burung merak boleh menjadi makhluk yang agresif.

"Mereka mungkin menyerang apa sahaja yang menarik atau menonjol kerana  mereka percaya wilayah mereka diceroboh," kata Encik Tan.

Beliau menasihatkan orang ramai yang terserempak dengan burung merak supaya tidak mendekati burung terebut.

"Jika ia merenung anda dan asyik memerhatikan anda berkemungkinan akan menyerang anda dan sebaiknya anda menjauhkan diri darinya.," tambahnya.

Posting terbaru Puan Kris Chan di laman Facebook nya mendedahkan kejadian tersebut bukanlah pertama kali berlaku apabila beberapa individu tampil mendedahkan bahawa mereka pernah menjadi mangsa serangan burung Merak tersebut.

Pada Ogos 2020 seorang wanita diserang burung Merak dari rumah yang sama. Laporan sudah dibuat tetapi tiada tindakan diambil. Pemilik burung merak juga hanya memberikan ubat untuk disapu dan menyuruh wanita itu mendapatkan rawatan ssendiri di klinik


Catat Ulasan

1 Ulasan