SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM UNTUK KURANGKAN DAGU BERLAPIS SEPANTAS 15 MINIT | Dalam seminggu, dua hari saya akan bawa anak saya pergi training bola di MEC. Walaupun menunggu 2 jam di bawah bumbung tapi terasa juga panas matahari terkena kulit. 2 Jam tu lama juga tau Jadi risau bila kulit dah berusia tua ni terdedah dengan matahari.Tapi nak buat macam mana. Tunggu jugak la. Tak payah risau sangat la. Safi kan ada..
Ini lah safi yang dimaksudkan. Safi Youth Gold
Lifting Golden C Duo serum yang dikatakan mampu meremajakan kulit. Bila saya
baca kelebihan-kelebihan menggunakan serum ni , terus rasa tertarik nak mencubanya.
Bukan saja packaging yang sedap mata memandang tapi cubaan pertama menggunakan
serum ini buat saya rasa jatuh cinta pulak .
Rangkaian baharu antipenuaan dan menganjal
Safi Youth Gold dengan formulasi dipertingkatkan dari Safi Rania Gold
Sebelum saya kongsikan cara betul menggunakan
serum, saya nak cerita tentang kelebihan menggunakan Serum Duo Safi ni.
●
- Membantu kurangkan 50 % dagu
berlapis sepantas 15 minit sahaja.
Saya lakukan sedikit urutan sebelum menggunakan serum ini agar proses
tindak balas serum pada kulit lebih berkesan.
●
- Diformulasi dengan teknologi Golden D-Lift
iaitu vitamin C yang diperkuatkan dengan nano Emas 24k agar lebih berkesan.
Kalau diperhatikan pada Lifting 24k Serum
cleanser ni ada emas didalamnya yang dikatakan mampu merawat wajah. Rawatan dengan menggunakan emas sebenarnya boleh
memperbaiki keadaan kulit seperti masalah kulit kusam, menghilangkan bintik
hitam di wajah, menghaluskan kulit , dan melembabkan kulit serta memperbaiki
kolagen.
So sambil2 cuci muka tu, urut lama-lama sikit
wajah kita ni.
●
- Ringan dan cepat menyerap
Keutamaan wanita dalam memilih skincare ialah,
cepat menyerap. Tak mahu skincare yang meninggalkan rasa lekit pada kulit
terlalu lama. Ini kerana ianya membuatkan rasa tidak selesa.
●
- Diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives iaitu gabungan Golden C dan
Ceramide 3 untuk 7 dimensi pembaharuan keremajaan kulit yang menegangkan kulit
, meningkatkan keanjalan , melindungi kulit dari pengoksidaan , meningkatkan
kehalusan kulit dan memperbaiki kulit rosak.
Golden C ni fungsinya ialah sebagai antioksidan yang melindungi kulit dari
pencemaran luaran merbahaya dan merawat struktur kulit secara mikro dengan
menggalakkan regenerasi kulit.
Manakala Ceramide 3 pula berfungsi menguatkan
lapisan kulit untuk mengunci kelembapan , menghaluskan tekstur kulit dan
meningkatkan seri wajah.
Jadi ada keseimbangan pada keseluruhan kulit
wajah dan leher kita.Tapi sebenarnya yang paling menarik hati saya tentang
Serum Safi ni ialah menganjal dan
mengurangkan dagu berlapis untuk wajah tampil lebih anjal, runcing &
tirus.
Tak sabar nak kurangkan geleber-geleber ni.
Mujur la kita ni pakai tudung, bila keluar boleh juga tutup sikit bahagian
leher yang terlebih nih. .Lagipun dia ada UV protection. Memang sesuai sangat
la untuk saya yang kerap terdedah kulit pada matahari ni.
Nak cantik macam Mira Filzah tu tak mungkin
lah tapi nak kulit cantik macam Mira Filzah tu mungkin boleh.
Yakin Boleh!!! Hahaha.
Cara menggunakan SAFI YOUTH GOLD LIFTING
GOLDEN C DUO SERUM .
Ok, sekarang saya nak tunjuk cara betul
menggunakan Serum Duo ni. Selalunya kita pakai serum sejenis je. Tapi kali ni
dua jenis serum. Serum Cleanser kita guna untuk mencuci wajah. Dan Duo serum
kita pakai selepas mencuci wajah.
Ada jugak yang risau, Boleh ke pakai 2 serum
sekali gus? Boleh je asalkan korang tahu apa bahan-bahan didalam nya tu dan apa kegunaanya,sebab kandungan dalam setiap serum ada bahan aktifnya
yang tersendiri. Safi dah memudahkan kita dengan mengeluarkan set SAFI
YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM ni. Tak payah risau dah nak guna..
Langkah Penggunaan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum.
1- 1- Basahkan wajah dan leher. Picit Lifting
24k Serum cleanser pada tapak tangan dan urut pada wajah dan leher.
2- 2- Apply toner
3- 3- Drop 2-3 titik Lifting Golden C
Duo Serum pada kulit wajah dan leher.Urut perlahan-lahan
4- 4- Apply moisturiser.
Dah siap…..Senang kan??
Saya siap rekomen pada kakak-kakak saya untuk guna serum ni. Lebih seminggu dah menggunakan serum ni, sangat-sangat puas hati. Bukan senang kulit yang usia 40 macam saya nak dapatkan produk yang sesuai. Yang penting, disiplin..
Kalau korang
berminat boleh dapatkan di Watsons, Guardian
dan pasaraya terdekat. Senang sangat nak dapatkan produk ni, Kat
mana-mana pun ada jual.
Harga Lifting Golden C Duo
Serum – RM59.00
Harga Lifting 24K Serum
Cleanser – RM19.80
Untuk maklumat lanjut, berkenaan SAFI Youth
Gold Lifting Golden C Duo Serum ini, boleh ke laman web dibawah :
Instagram - @safimalaysia
Facebook - @SAFI.My
Twitter - @SAFImalaysia
Youtube – SAFI Malaysia
0 Ulasan