REVIEW DAN SINOPSIS : NOW, WE ARE BREAKING UP |Hi semua.. Drama baru lakonan Song Hye Kyo dan Jang Ki Yong kini menemui peminat-peminat kdrama. Drama ini ditayangkan di saluran SBS dengan 16 episod.
Drama ni macam melowdrama. Slow dan santai je. Drama romantis.Tak ada babak lucu sebab bukan romantik komedi. Cerita ni berlatar belakangkan tentang orang² yang terlibat dalam industri fesyen.
Dah banyak tengok drama2 lakonan Jang Ki Yong,sampai saya rasa lakonan nya macam sama je dalam semua drama. Teringin nak tengok lakonan dia bawak watak yang ligat sikit la. Yang lucu ke. Tak la asyik pegang watak lelaki kacak ramai kejar. 🤣
Drama ni jalan cerita dia best. Saya cuma tak gemar dengan ahli keluarga Hwang. Semua macam menjengkelkan. Jadi kesian pada Ha Young Eun, watak yang dipegang oleh Song Hye Kyo.
Sinopsis Drama Now, We Are Breaking Up.
Bekerja dibawah Hwang Chi Sok membuatkan Young Eun perlu mematuhi setiap arahan Chi Sok hingga dia terpaksa menemui lelaki yang diaturkan Tuan Hwang untuk Chi Sok.
Pada pertemuan tersebut Yung Eun langsung tidak memberi perhatian pada lelaki tersebut. Dia tidak sedar lelaki itu adalah lelaki yang pernah ditemuinya untuk satu malam.
Pertemuan demi pertemuan berlaku secara kebetulan antara mereka. Hingga lah satu hari lelaki tersebut, Yoon Jae Guk, mengetahui bahawa Young Eun adalah bekas teman wanita mendiang abangnya.
Abang Yoon Jae Guk meninggal dalam satu kemalangan ketika dalam perjalanan menemui Young Eun.
Untuk kisah selanjutnya sila kan menonton Now, We Are Breaking Up.
1 Ulasan
wah macam best
BalasPadam