LARANGAN MEMBACA SURAH AL-MASAD DIDALAM SOLAT ADALAH TIDAK BENAR. | Baru-baru ini seorang pendakwah terkenal membuat kenyataan bahawa surah al-Masad tidak dibaca oleh ulamak-ulamak terdahulu ketika solat kerana takut akan mengecilkan hati Nabi Muhammad s.a.w. Video tersebut menyebabkan kerisauan dan salah faham kepada yang menonton nya kerana dikuatiri ada yang merasakan membaca surah al-Masad adalah satu kesalahan dan perlu dielak kan.
Makna Surah al-Masad dan penjelasan nya.
"Binasalah kedua-dua tangan Abu lahab, dan binasalah ia bersama! Hartanya dan segala yang diusahakannya, tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang. Dan juga isterinya, seorang perempuan pemunggah kayu api. Di lehernya sejenis tali, dari tali-tali yang dipintal"
Surah Aal- Masad Ayat 1- 5
Surah Al Masad ini mempunyai 5 ayat dan diturunkan di Mekah (Ayat Makkiyyah). Nama surah ini diambil daripada perkataan masad yang bererti sabut yang dipintal. Selain itu, surah ini juga dipanggil sebagai Al-Lahab. Ini kerana, Abu Lahab dan isterinya menentang dakwah yang dibawa oleh Rasulullah SAW.
Sehina-hina Abu Jahal, namanya tidak disebut dalam mana-mana surah. Dikatakan, setiap kali kita membaca surah ini, maka tempias ‘binasalah kedua-dua tangan Abu Lahab’ akan terus terkena padanya sehinggalah berlakunya hari kiamat kelak.
Larangan Membaca surah al- Masad Dalam Solat.
Dalam satu hantaran di twitter , saudara Fahmi Rusli menjelaskan tentang salah kefahaman ramai tentang dakwaan pendakwah yang berasal dari Pantai Timur ini. Malah ada pengikut pendakwah tersebut mendakwa surah al-Masad tidaak boleh di baca didalam solat dan mencaci hina mereka yang menjelaskan bahawa kenyataan pendakwah tersebut adalah mengelirukan.
Menurut Saudara Fahmi, ini lah yang merisaukan apabila ada segelintir masyarakaat keliru dengan kuliah yang disampaikan.
Sumber petikan: Twitter Fahmi Rusli
“ 1- Inilah yang merisaukan. Natijah dari perbuatan penceramah yang menyebar kenyataan yang menyebabkan masyarakat keliru.Apabila ada penceramah yang menyebar kononnya tidak boleh membaca Surah al-Masad di dalam solat, kerana di dalamnya terdapat celaan terhadap Abu Lahab.
Abu Lahab merupakan bapa saudara Rasulullah SAW, justeru pembacaan surah ini akan menyakiti jiwa Rasulullah SAW.
Selepas ini, jika ada imam yang membaca Surah al-Masad di dalam solat, mereka boleh dituduh sebagai “tidak cukup ilmu”, “tidak beradab dengan Rasulullah”, “bodoh”,
Sedangkan Allah SWT sendiri berfirman :
فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ
Maksudnya : Maka bacalah (di dalam solat) apa yang mudah daripadanya (iaitu daripada bacaan ayat-ayat al-Quran).
Surah al-Muzzammil (20).
Maka berdasarkan ayat ini, apa sahaja surah atau ayat, selama ia daripada al-Quran, ia boleh dibaca di dalam solat mahupun di luar solat, termasuklah Surah al-Masad itu sendiri.
Demikian juga ketika Rasulullah SAW mengajarkan tatacara solat yang tepat kepada seorang lelaki, Baginda bersabda kepadanya
وَاقْرَأْ بِمَا تَيَسَّرَ مَعَكَ مِنَ الْقُرْآنِ
Maksudnya : Dan bacalah apa-apa yang mudah (iaitu apa yang kamu telah hafal) daripada Al-Quran.
Riwayat al-Bukhari (6667).
Tambahan pula, tidak terdapat sebarang larangan yang tsabit dan sahih daripada Rasulullah SAW, untuk seseorang itu membaca Surah al-Masad di dalam solat. Tidaklah kita berhajat mendahului Nabi dengan melarang apa yang Baginda tidak larang.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُقَدِّمُوا بَيْنَ يَدَيِ اللَّهِ وَرَسُولِهِ
Wahai orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasul-Nya.
Al-Hujurat (1)
Allah tidak larang bacaan Al-Masad dalam solat, Rasulullah juga tidak melarang, mengapa kita pula melarang ?
Bahkan seorang ulama besar Al-Azhar al-Syarif, Al-‘Allamah al-Syeikh ‘Atiyyah Saqar rahimahullah dalam fatwanya berkenaan isu ini menyebut :
لم يرد دليل يمنع قراءة المسد في الصلاة فالقرآن كله كلام الله يتلى في كل حين ، سواء كان داخل الصلاة أم خارجها ، وعاطفة بعض الناس التي تقول إن الرسول صلى الله عليه وسلم يتأذى من قراءتها لأنها في حق عمه أبي لهب - عاطفة لا وزن لها أبدا
Maksudnya : Tidak terdapat sebarang dalil yang menghalang pembacaan Surah al-Masad di dalam solat. Al Quran keseluruhannya merupakan kalamullah yang dibaca pada setiap masa. Sama ada dibaca di dalam solat mahupun di luar solat.
Perasaan/emosi sebahagian manusia yang mengatakan bahawa Rasulullah SAW tersakiti menerusi pembacaan surah ini kerana ia melibatkan bapa saudaranya Abu Lahab, merupakan perasaan yang langsung tidak ada nilaian padanya.
Ramai yang terlepas pandang. Antara akhlak paling besar bagi seorang muslim dalam beragama ialah, dia beragama berdasarkan panduan wahyu dari Allah SWT dan Rasul-Nya SAW.
Dia menyuruh atas panduan wahyu. Dia melarang juga atas suluhan wahyu.
Dia sama sekali tidak akan bercakap tentang agama tanpa ilmu, menurut hawa nafsu, atau semata emosi dan perasaan yang lekang dari petunjuk wahyu.
Wallahul Muwaffiq.
Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati agar tidak terpesong dijalan yang sesat..
1 Ulasan
perkara beginilah yang selalu membuat kita takut dan keliru
BalasPadam