HANYA MEREKA YANG LENGKAP VAKSIN DAN PEMEGANG PAS PELAJAR SAHAJA YANG BOLEH MEMASUKI SINGAPORE BERMULA 1 NOVEMBER

HANYA MEREKA YANG LENGKAP VAKSIN DAN PEMEGANG PAS LAWATAN JANGKA PANJANG DAN PAS PELAJAR SAHAJA YANG BOLEH MEMASUKI SINGAPORE BERMULA 1 NOVEMBER | Mulai 1 November 2021, semua pemegang pas kerja, termasuk ahli keluarga mereka dan pemegang pas pelajar, perlu divaksin sepenuhnya sebelum memasuki Singapura.


 

Namun mereka berusia di bawah 18 tahun akan dikecualikan daripada peraturan tersebut. Mereka berusia 12 hingga 18 tahun bagaimanapun perlu melengkapkan proses vaksinasi, dalam tempoh dua bulan selepas tiba di sini.

Arahan tersebut bagi memastikan setiap pekerja dan pelajar dapat memasuki Singapura dengan selamat untuk meminimumkan risiko kesihatan awam. Demikian diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) pada 2 Oktober.

Notis Jangan keluar Rumah (SHN) bagi pelawat tertentu juga akan dikurangkan dari 14 kepada 10 hari, sejajar dengan tempoh kuarantin para pesakit COVID-19 di sini.

Ini kerana tempoh inkubasi yang lebih singkat bagi varian Delta.

Pemegang pas yang diluluskan untuk masuk mesti dapat mengemukakan dokumen untuk membuktikan bahawa mereka telah divaksinasi sepenuhnya, jika diminta oleh syarikat penerbangan, pengendali feri atau di pusat pemeriksaan semasa tiba di Singapura.

Mereka yang tidak dapat menunjukkan bukti vaksinasi yang tepat akan dilarang masuk, kecuali pengecualian sebelumnya telah diberikan.

Seseorang dianggap diberi vaksin sepenuhnya dua minggu setelah dia menerima dos lengkap vaksin 

Pemegang pas yang tidak layak secara perubatan untuk vaksinasi boleh meminta pengecualian dari syarat vaksinasi, dn perlu menyrtakan surt sokong oleh doktor, sebelum memohon persetujuan untuk masuk ke negara tersebut.



Individu yang menerima vaksinasi mereka di luar negara mesti mengemas kini rekod vaksinasi mereka di National Immunization Registry (NIR) dalam masa 14 hari setelah habis tempoh pengasingan diri atau Stay Home Notice (SHN).

Untuk mengemas kini rekod mereka, mereka perlu menunjukkan bukti dokumentari mengenai vaksinasi mereka di luar negara, dan hasil ujian serologi positif diambil di Klinik Kesihatan Awam.

Sebelum itu Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob berkata beliau sudah meminta Menteri Besar Johor Hasni Mohammad berbincang dengan Singapura berhubung pergerakan rentas sempadan terutama bagi rakyat Malaysia yang berulang-alik ke negara jiran itu kerana bekerja.

"Yang penting (berkenaan) perjalanan harian kerana melibatkan beratus ribu sedangkan Singapura masih tidak buka (sempadan untuk tujuan itu). Pekerja (rakyat Malaysia) di sana ada yang duduk tidak balik (ke Malaysia) sebab perjalanan harian duduk di Johor Bahru tidak dibenarkan masuk sudah setahun lebih," katanya semasa wawancara khas bersama editor kanan media baru baru ini.Beliau berkata sebelum ini, Singapura tidak bersedia menerima kemasukan dari Malaysia memandangkan kes di Malaysia yang tinggi termasuk membatalkan Skim Laluan Hijau Timbal Balik (RGL) Malaysia-Singapura.

"Tetapi sekarang kita pun agak bimbang dengan kes di Singapura yang meningkat telah sampai 2,000 kes sehari. Tetapi kita masih akan teruskan perbincangan dengan Singapura (untuk pembukaan sempadan)," katanya.

Sebelum ini, Malaysia dan Singapura telah bersetuju melaksanakan rentas sempadan Malaysia dan Singapura di bawah skim RGL dan Peraturan Ulang Alik Berkala (PCA) bermula 17 Ogos tahun lalu tetapi kemudian Singapura menangguhkan RGL sejak 1 Feb tahun ini, manakala Malaysia mengambil tindakan serupa bermula 13 Mei lalu.

Mengenai perjalanan rentas negeri apabila kadar vaksinasi negara melepasi kadar 90 peratus, Ismail Sabri berkata perkara itu akan dicapai tidak lama lagi dan beliau akan mengumumkannya bersama dengan prosedur operasi standard (SOP) yang perlu dipatuhi.

Setakat sehingga 11.59 malam tadi, seramai 20,317,843 individu atau 86.8 peratus daripada populasi dewasa di Malaysia telah melengkapkan suntikan vaksin COVID-19.


Catat Ulasan

1 Ulasan