Mikhail memang minat bermain bolasepak tapi tak de kemahiran. Pernah juga bagi dia main bola dengan budak2 sebaya dia dipadang tepi rumah ni. Tapi biasalah, bila kau tak reti main, diaorang buli-buli je jadi tukang ambil bola yang jatuh dalam longkang. Bola tu dia yang punya. Nak tak nak dia kena jugak la ambilkan. Bola nak, main sama-sama tak nak. 2, 3 kali jugak la dia balik kerumah dengan menangis sebab kawan-kawan tak mau main bola dengan dia. Tapi bola tu bola dia. Cemana tu??? Nasib baik minat main bola tu tak hilang.
Dapat 2 pasang jersi Hitam dan Merah |
Sejak tu memang saya tak bagi dah la dia main bola dengan budak-budak kat taman ni. Pembuli tak boleh dibuat kawan.
Saya fikir anak saya lebih layak bermain dengan orang yang sepatutnya.Orang yang ada kemahiran dan boleh ajar anak saya bermain bola sepak dengan lebih baik. Alhamdulillah bulan lepas (september) selamat daftarkan Mikhail ke Akademi Bolasepak Wira Muda. Mikhail pun nampak seronok tiap kali nak pergi latihan.
Gambar: Metro |
Akademi Wira Muda ni diasaskan oleh Shaik Awish Alkirani Bin Shaik Haronarashib. Dia juga adalah salah seorang jurulatih diakademi ni. Selain tu ada lagi beberapa oraang jurulatih yang bersama-sama dia melatih anak-anak ni.
Coach Awish ni dulunya seorang pemain bolasepak untuk negeri Perlis dan mewakili Perlis FA, Kemudian dia mengalami kecederaan lutut lepas tu dia buat keputusan untuk buka Akademi Wira Muda ni.
Akademi ni menerima pelatih berumur 15 tahun ke bawah. Paling kecil saya pun tak tahu umur berapa tapi pernah nampak ada budak kecil je berlari2-lari tengah padang berlatih bola .Comel je. saya rasa umur dalam 4 tahun kot. Hahah
Akademi Wira Muda ni juga sudah diiktiraf oleh FAM berstatus sebagai FAM SupaRimau Charter Silver.
Latihan bola setiap hari sabtu dan ahad saja. memang tak ganggu rutin belajar anak-anak. Kadang-kadang saya yang hantar Mikhail untuk training. Kadang-kadang ayahnya yang hantar. Setakat ni dia memang seronok nak pi training.
Padang untuk latihan nya jugak bagus dan kelengkapan untuk latihan jugak sangat memuaskan. Selepas pendaftaran dan bayaran ,anak-anak ni juga akan diberikan jersi 2 pasang dan stokin untuk dipakai masa latihan.
Akademi Wira Muda ni juga mendapat sokongan berbagai pihak bagi melahirkan pemain bolasepak berkualiti.
Selain nak Mikhail bermain bolasepak yang sememangnya adalah minat dia, saya juga ada harapan lain bila hantar Mikhail ke Akademi Bolasepak ni.
Mikhail ni seorang budak yang introvert. Dia tak suka bercakap dengan orang, tak suka bergaul, dan tak suka menonjolkan diri dia. Kalau orang tak nampak dia, dia ok je. Dia rasa lebih senang. (sama sebiji macam perangai ibu dia )Saya rasa guru-guru dikelas dia pun sedia tahu tentang Mikhail ni. Mikhail cuma akan bercakap dan nampak mesra dengan ahli keluarga saja.
Dengan menghantar Mikhail ke Akademi Bolasepak ni, saya harap Mikhail akan ada ramai kawan dan kenal ramai orang. saya juga tak mau dia ada rasa gementar bila ditempat yang ramai orang. saya dulu naik bas pun takut tau. naik bas sekolah pun takut. Saya tak mau la dia macam tu. Jadi harapnya dengan dia di Akademi Bolasepak Wira Muda ni dapatlah dia biasakan diri dengaan berbagai keadaan sekeliling.
Semoga anak-anak ni cemerlang dalam sukan yang mereka minati. Untuk maklumat lanjut tentang Akademi ni korang boleh ke facebook rasmi :
IKLAN
0 Ulasan