YOUTUBE AKAN MEMBUANG SEMUA VIDEO BERKAITAN MAKLUMAT TIDAK TEPAT BERKAITAN VAKSIN | YouTube akan membuang video yang menyebarkan maklumat yang salah mengenai bukan hanya vaksin Covid-19, tetapi semua vaksin. Youtube menyatakan pendirian mereka melalui satu posting di blog raasmi mereka pada 29 September 2021.
Platform penstriman video itu juga menambah bahawa ia memperluaskan lagi medical misinformation policies dengan garis panduan baru mengenai vaksin yang diluluskan, selamat dan berkesan oleh pihak berkuasa kesihatan tempatan dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO
YouTube menyatakan bahawa sejak tahun 2020, mereka telah membuang lebih dari 130,000 video yang melanggar medical misinformation policies.
Menurut Google, YouTube tidak membenarkan kandungan yang bertentangan dengan nasihat pakar mengenai rawatan, pencegahan, diagnosis, dan penyebaran Covid-19, garis panduan sosial dan pengasingan diri, serta adanya Covid-19 itu sendiri.
Dalam catatan blogpost tersebut menyatakan bahawa kandungan yang secara palsu menuduh vaksin yang diluluskan, selain vaksin Covid-19, berbahaya dan menyebabkan kesan kesihatan kronik akan dihapus.
YouTube mengatakan bahawa kemas kini dasar terbaru adalah "langkah penting untuk mengatasi salah maklumat vaksin dan kesihatan di platform kami".
Bloomberg melaporkan bahawa sebelum polisi terbaru, YouTube membenarkan penggunanya menyiarkan secara bebas mengenai vaksin.
Akan tetapi, setelah polisi baru itu dilaksanakan, ia akan menghapus beberapa akaun yang sebelumnya dikritik oleh presiden Amerika Syarikat Joe Biden kerana menyebarkan maklumat yang salah mengenai vaksin.
Mereka termasuk skeptis vaksin Joseph Mercola, yang memiliki hampir 500,000 pengikut, dan Pertahanan Kesihatan Kanak-kanak, sebuah kumpulan yang berafiliasi dengan Robert F. Kennedy Jr.
0 Ulasan