WIRELESS BLUETOOTH EARBUDS FINGERPRINT YANG MURAH | Dah dekat sebulan lebih saya gunakan wireless bluetooth erabuds ni. Nak beli yang brand mahal-mahal rasa tak mampu pulak sebab nak pakai nye sekejap2 je. Selalunya saya guna sebelum tidur. Nak tonton drama korea, takut ganggu suami nak tidur, jadi pakai je la benda ni.
Harga nya pulak murah sangat. Saya sendiri pun terkejut bila suami bagitau harganya tak sampai RM30. Saya check harganya di Shopee memang rata-rata hargany bawah RM30. Awalnya saya fikir mesti bunyi tak sedap dn sakit telinga kalau pakai.
Tapi bila dah guna , memang selesa dan bunyinya pun sangat jelas dan sedap.
Model Name: Wireless Bluetooth Earbuds
Model: F9
colour : Black
4 saiz Earbuds
charger cable
Sangat mudah nak dibawa kemana-mana. nak pakai pun senang. Masa beli disertakan silicon earbuds dalam 4 saiz berbeza, Telinga saya kecil. jadi kena pakai yang saiz kecil sekali.
Dalam kotak juga ada cable untuk cas. Cable sahaja disediakan. Lepas guna boleh terus cas. Bateri dia tahan lama sangat. Saya pun cuma cas seminggu sekali je.
Earbuds ada sepasang. Satu left satu right. Earbuds ni guna finggerprint. Nak on dan Off cuma letak jari pada earbuds selama 3 saat.
Bila saya guna komputer pun saya lebh selesa pakai earbuds ni berbanding headphone. Headphone buat telinga berpeluh dan rasa rimas bila terlalu lama guna. Boleh guna dekat mana2 pun asalkan ada bluetooth.
Pendek kata, benda ni memang sangat berguna dan best sangat. Kalau ada rezeki lebih nanti boleh la nak beli yang mahal sikit. Tapi kalau panjang jodohnya dengan F9 ni nampak gayanya lambat lagi la nak beli yang brand lain yang lebih mahal.
0 Ulasan