REVIEW DAN SINOPSIS : HOMETOWN CHA-CHA-CHA | Drama romantik komedi yang disiarkan di siaran Netflix sejak ogos lalu mendapat sambutan hangat peminat kdrama. Jika sebelum ini pengarah Yoo Je Won menyajikan Hi Bye Mama yang bergenre fantasy kini beliau tampil dengan karya yang lebih menarik , My Hometown Cha-Cha-Cha.
Drama lakonan Kim Seon Ho ini memang dinanti-nantikan selepas pelakon ini muncul dalam drama yang sangat popular Start Up tahun lalu. Kini Kim Seon Ho bergandingan dengan Shin Min A yang sebelum ini pernah muncul membintangi drama A quit Dream pada tahun 2016.
Pelakon drama Hometown Cha-Cha-Cha
Shin Min-A - Yoon Hye-Jin
Kim Seon-Ho - Hong Du-Sik
Lee Sang-Yi - Ji Seong-Hyun
Jo Han-Chul - Oh Chun-Jae
In Gyo-Jin - Jang Young-Kook
Lee Bong-Ryun - Yeo Hwa-Jung
Gong Min-Jung - Pyo Min Seon
Kim Young-Ok - Kim Gam Ri
Cha Chung-Hwa - Jo Nam Suk
Lee Yong-Lee - Lee Mat Yi
Shin Shin-Ae - Park Sook Ja
Kang Hyoung-Suk - Choi Eun Cheol
Pengambaran drama ini dilakukan di Gyeongsang. Tapi dalam drama ni tempat tu ditukar kepada nama rekaan iaitu Gongjin. Kalau dilihat setiap episod memaparkan kecantikan perkampungan di kawasan tersebut. Kampung yang indah dengan pantai yang sentiasa ada pengunjung.
Saya suka kalau ada babak out door. boleh cuci mata.
Saya juga suka watak yang di pegang Shin Min A. dia seorang wanita yang sebenarnya lemah tapi dia tak tunjuk kan diri sebenar dia. Dia selalu tunjuk diri dia yang kuat , degil dan berdikari. Memang nampak macam sikap dia buruk tapi bagi saya sebenarnya orang lain perlu menghormati prinsip hidup orang lain.
Banyak nilai positif dalam drama ni. Sikap hormat menghoramti, sikap mengambil berat tentang jiran tetangga, amalan bantu membantu, dan banyak lagi walaupun filem ni bergenre romantik komedi.
Selain tu boleh la tahu sikit-sikit tentang penjagaan gigi dan masalah kesihatan mulut dan gigi. Dalam episod 10 baru tahu yang Du Sik sebenarnya mengalami masalah mental kerana tertekan sejak kecil kehilangan orang yang dia sayang. Dia rasa dia lah penyebab mengapa mereka semua mati.
Gandingan Shin Min A dan Kim Seon Ho memang mantap dan ada keserasian. Kisah cinta yang tak bosan untuk ditonton. Jalan cinta yang tak terlalu rumit dan skrip yang ringkas. tak de la macam sesetengah drama yang susah nak paham. Nak luah rasa cinta pun ambil masa berhari2.
Tapi drama ni,sebaik dia sedar dia jatuh cinta terus dia bagitau je. Simple.
Sinopsis
Disebabkan satu kejadiah Hye Jin terpaksa memilih untuk berpindah ke Gongjin.Sebuah perkampungan yang indah dan dihuni oleh masyarakat yang sentiasa mengambil berat.
Di sana Hye Jin bertemu dengan Hong Du Sik. Lelaki yang menguruskan berbagai perkara melibatkan kawasan tersebut. Segala masalah yang dihadapi Hye Jin untuk menyesuaikan diri disitu dapat diatasi dengan bantuan Du Sik.
Du Sik tinggal sendirian sejak zaman sekolah kerana kematian ibu bapa dan datuknya. Sejak pertama kali bertemu Hye Jin di tepi pantai Du Sik sudah tertarik padanya. Tapi Du Sik tidak pernah menunjuk kan sikap tersebut di hadapan Hye Jin. Ini membuatkan Hye selalu berasa marah dan geram dengan sikap Du Sik yang dianggap suka menyakitkan hatinya.
Gosip tentang hubungan Du Sik dan Hye Jin mula tersebar apabila Du Sik kerap dilihat bersama Hye Jin. Cerita-cerita tersebut membuatkan Hye Jin bertambah marah. Baginya Du Sik tidak sepadan dengan nya sedangkan dia tidak tahu sebenarnya Du Sik adalah seorang yang terpelajar dan lepasan university terkenal.
Hanya Hye jin yang berasakan dia layak mendapat yang lebih baik dari Du Sik sedangkan penduduk disitu merasakan Du Sik la yang sepatutnya layak mendapat yang lebih baik dari Hye Jin.
Dalam masa yang sama muncul rakan lama Hye Jin yang pernah mempunyai perasaan pada Hye Jin. Peluang bertemu Hye Jin setelah lama tidak berjumpa membuatkan Ji Seong Hyun nekad meluahkan perasaan nya. Malangnya waktu itu sudah terlambat kerana Hye Jin mula menyedari yang dia jatuh cinta pada Du Sik.
0 Ulasan