RESEPI LENGKAP NASI DAGING BERSAMA ACAR TIMUN NENAS DAN KARI DAGING.

RESEPI LENGKAP NASI DAGING BERSAMA ACAR TIMUN NENAS DAN KARI DAGING . Dah lama sebenarnya nak buat Nasi Daging. Tapi asyik bertangguh sebab periuk nasi rosak. Dah lama periuk nasi rosak. Lepas tu masak nasi guna dapur. Lama2 jadi terbiasa masak guna dapur. Nasi pun lebih sedap. Sebab kita kawal api.




Bila dah selesa malas la nak beli periuk nasi. Rasa-rasa macam boleh je masak nasi daging guna api dapur. So kita try la. Semua boleh tabik saya sebab pandai masak nasi daging guna api dapur je. Hahaha.. Poyo nya.!

Dalam masa cuma 1 jam setengah siap la Nasi Daging, Daging rebus, air asam, acar timun nenas dan kari daging. Tu pun kena tunggu kejap suami pi beli nenas. Rasanya lagi cepat siap kot kalau nenas memang dah ada

Biasanya orang makan nasi daging dengan air asam dan daging rebus je kan? Tapi kali ni kita tambah la sikit lauk nya supaya meriah. Sebab tu saya buat gulai daging tu. Air asam tu guna 4 biji cili padi. Pedas nya bukan main.


Kalau korang jenis tahan pedas tak pe la kot.Tapi saya memmang tak tahan pedas2 ni. 4 biji cili pun dah rasa pedas sangat. Dah la dalam acar timun nenas tu pun dah letak cili sebiji. Kiranya resepi ni sesuai untuk orang yang suka makanan pedas.

Jom lah kita cerita pasal resepinya pulak. Cara memasak nya memang mudah dan ringkas. Sebab tu la kejap je memasaknya. Campak2 je semua dah siap. Untuk resepi Nasi Daging lengkap bersama acar timun dan kari daging resepinya adalah seperti di bawah,.

Resepi nasi Daging


Bahan-Bahan A:

300g daging
5 mangkuk air.
1 sudu garam
3 kuntum bunga cengkih

Bahan-Bahan B.

4 cawan beras
3 sudu besar minyak masak
1 sudu minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
1 kuib ayam
 1 paket kecil rempah sup
1/2 cawan susu cair
1 helai Daun pandan

Cara-cara masak nasik:

Masuk kan semua bahan A dalam periuk dan masak sampai daging lembut. Daging tu tak payah potong.Biarkan je seketul macam tu.

Bila daging dah lembut , angkat dan tos kan daging tu. Air rebusan daging simpan sebab kita nak guna untuk masak nasi.


Cuci beras dan tos kan. Dalam periuk masuk kan minyak masak dan minyak sapi. Bila dah panas tumis kulit kayu manis.

Masuk kan rempah sup dan 1 susu cair.. Masuk kan kuib ayam dan daun pandan.

Masuk kan beras yang dah di bersihkan tadi. Kacau sebati dan kemudian masuk kan 5 cawan air rebusan daging. 

Kalau guna rice cooker masuk 4 cawan air rebusan dah cukup. Tapi kalau guna dapur baik masuk kan 5 cawan sebab takut api dapur ni dah kita perlahan kan pun dia masih lagi kuat.

Kawal la api. Jangan sampai hangus pulak nasi tu nanti.kacau2 sikit. Bila nasi macam dah masak sikit perlahan kan api. tutup periuk supaya nasi kembang cantik.

Kemudian kita beralih pulak untuk Masak Gulai daging.Resepi gulai daging ni saya dah masak banyak kali dan resepi lengkapnya seperti di bawah


Resepi Gulai Daging Paling sedap dan simple


Untuk gulai daging ni saya buat cuma untuk 200g daging. Bukan guna daging rebus tadi tau. Daging rebus tadi kita ketepikan sekejap.

Bahan-Bahannya:

200g daging
5 sudu besar minyak masak
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
\1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
1 tangkai daun kari
2 sudu besar rempah daging
1 cawan santan cair
1 biji ubi kentang
1 sudu besar kerisik

Cara-caranya:

Panaskan minyak masak. Tumis Daun kari , bunga lawang, bunga cengkih , kulit kayu manis, bawang besar , bawang putih dan halia yang sudah dihiris. Tumis sampai naik bau.

Masuk kan rempah daging dan kerisik. Masuk kan santan cair dan ubi kentang.

Masuk kan daging,. Masak sampai daging lembut, naik minyak dan sedikit pekat. Masuk kan 1 cawan air. dan masak hingga mendidih.

Masuk kan garam dan kalau suka serbuk perasa silakan.. Tapi saya tak letak sebab dalam nasi tadi dah ada kuib ayam.

Dah siap!

Kemudian boleh la kita beralih ke Resepi Acar timun dan nenas. Yang ni mudah sikit sebab kita tak payah masak. Potong2 saja dan resepinya ringkas. Cuma kali ni saya tak guna cuka sebab tak suka acar timun nenas yang terlalu masam. Saya cuma guna lemon sahaja.


Resepi Acar Timun Nenas yang simple dan sedap.


Bahan-Bahan:

1 biji timun
1 biji nenas saiz kecil
1 biji bawang besar
1 biji lemon
1 biji cili padi merah
garam hujung2 sudu saja
1/2 sudu gula.

Cara-Caranya:

Potong kulit  timun dan nenas kemudikan bersihkan.Pastikan mata nenas di buang supaya lidah tak gatal. Timun di belah dua bahagian dan di hiris nipis2. Kalau suka tebal sikit pun ok.

Kemudian potong pula nenas. Potong tebal pun boleh. Kalau nipis2 nanti dia jadi lembik pulak.

Masuk kan cili padi. masuk kan bawang besar yang dah dihiris nipis. Masuk kan garam dan gula. Kemudian akhir sekali perah sebiji lemon . kacau sebati dan siap untuk di hidangkan.



Dan yang last sekali kita nak buat air asam. Wajib ada air asam kalau masak Nasi Daging. Air asam ni untuk makan sekali dengan Daging rebus tadi. Bagi yang tak makan daging rebus dan air asam, boleh la makan dengan kari daging saja.

OK..jom kita buat air asam yang pedas terangkat . Yang pasti simple dan sedap.


Resepi air asam yang sedap dan Mudah

Bahan-bahan:

4 tangkai cili padi
1 biji tomato
1 biji bawang besar
sedikit belacan
1sudu kerisik
sedikit garam
sedikit gula
4 -5 sudu perahan lemon.
1./2 cawan air.

Cara-Caranya:

Masuk kan semua bahan dalam pengisar dan masuk kan 1/2 cawan air. Kisar sampai halus.

Bagi yang tak suka kisar korang boleh hiris2 je semua bahan dan campur kan sekali. Dah siap untuk dihidangkan.

 Lepas tu hiris daging yang direbus tadi nipis-nipis. Kalau suka korang boleh bakar kejap daging tu dalam oven untuk bagi daging tu cantik . tak nak nak pun tak pe.

Kemudian boleh la dihidangkan.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Sedapnya. Lama tak makan gulai daging.. :)
    Nak membuat tu yang kurang rajin.. Hehe

    BalasPadam
  2. Nampak cantik kejadiannya, nasi daging. Pandai, masak nasi guna dapur. Thumbs up! :)

    BalasPadam
  3. Saya dah lama teringin nak makan nasi daging. Tapi belum sempat buat. Sedapnya!

    BalasPadam