Memandangkan buah pisang memang selalu ada kat rumah ni jadi tak de masalah untuk buat kuih muih yang berasaskan pisang. Selalunya cekodok pisang adalah pilihan utama sebab anak saya memang suka cekodok pisang lagi-lagi cekodok pisang yang lembut dan gebu.
Petang-petang biasanya anak anak lebih suka kan kuih yang simple dan tak berat sangat. Kalau tak de kuih cukup la setakat goreng keropok.
Tapi kalau ada pisang diaorang prefer kuih cekodok, pisang goreng atau pun kek pisang.Tengok la sampai bila diaorang nak jemu tu nanti.. Lama2 nanti pandai la dioarang minta benda lain pulak.hahah..
Saya gunakan macam-macam jenis pisang untuk buat cekodok, kek pisang, lepas , atau kek pisang. Untuk kali ni saya gunakan pisang berangan.
Kalau pisang mas lagi sedap tapi susah nak jumpa pisang emas dan harganya pun mahal sikit la dari pisang berangan ni. Sebelum ni saya ada kongsikan resepi cekodok pisang yang sedap menggunakan pisang Raja. Boleh check resepinya nanti..
Untuk resepi cekodok pisang yang lembut dan gembu ni saya gunakan sesikat pisang. Ada dalam 18- 20 biji. Tepung tak boleh lebih sebab nanti takut cekodok jadi keras. .Dalam adunan ni saya langsung tak letak kan air.
Pisang tu dah cukup lembik dah jadi kalau letak air nanti tak gebu pulak..kan??Kalau ada yang pernah letak air dan cekodok tetap gebu boleh la share kat komen bawah ni.. Boleh la saya cuba buat jugak nanti.
RESEPI CEKODOK PISANG YANG LEMBUT, GEBU DAN SEDAP
Jom kita tengok resepi dan cara buat cekodok pisang yang lembut. gebu dan sedap . Bahan-bahan nya pun tak banyak dan cara membuatnya pun mudah sangat-sangat.
Bahan-bahan:
1 sikat pisang berangan ( 18- 20 biji )
2 sudu besar gula
secubit garam
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
Minyak untuk menggoreng
Cara-Caranya..
Lecek pisang sampai hancur. Masuk kan gula , baking powder dan soda bikarbonat. kacau sekejap sampai sedikit berbuih.
Masuk kan tepung dan secubit garam. Kacau sebari sampai adunan jadi macam kat bawah ni.
Tak lembik sangat dan tak keras sangat..Agak2 boleh di jemput dengan jari tu dah cantik sangat dah tu..
Biarkan adunan dalam 10-15 minit. Kemudian panaskan minyak.Goreng dengan minyak yang banyak.Gunakan api yang kecil je.
Bila cekodok dah hitam2 manis, macam ni boleh la diangkat dan tos minyak nya. Memang sedap cekodok ni bila dihidangkan di waktu petang..Tambah2 musim hujan sekarang ni memang layan la hidang cekodok pisang dengan kopi o..
Resepi Cekodok pisang ni bila kita goreng otomatik dia jadi bulat cantik je. Mungkin sebab adanya baking powder bersama soda bikarbonat tu.
Adunan tu kalau tak habis goreng boleh simpan dalam peti sejuk tau..Esok pagi kalau goreng dia tetap gebu dan lembut.
Selamat mencuba resepi cekodok pisang yang lembut , gebu dan sedap
Resepi Cekodok pisang ni bila kita goreng otomatik dia jadi bulat cantik je. Mungkin sebab adanya baking powder bersama soda bikarbonat tu.
Adunan tu kalau tak habis goreng boleh simpan dalam peti sejuk tau..Esok pagi kalau goreng dia tetap gebu dan lembut.
Selamat mencuba resepi cekodok pisang yang lembut , gebu dan sedap
0 Ulasan