RESEPI BISKUT NESTUM YANG PALING SEDAP, DAN RANGUP

RESEPI BISKUT NESTUM YANG PALING SEDAP, DAN RANGUP  | Sebelum raya haji hari tu saya ada buat biskut nestum. Mula nya tak rancang pun nak buat biskut. Tapi bila dah tak de apa kerja nak dibuat , nestum pun ada banyak jadi saya buat juga la. Tak banyak pun. Cuma buat 2 balang. 1 balang bagi pada jiran sebelah. 


Banyak jugak resepi biskut nestum yang saya jumpa tapi kebanyakan resepi menggunakan nestum yang sedikit. Saya dah dapat agak mesti biskut tu cuma rasa mentega dan tepung. Saya pernah menggunakan salah satu resepi biskut nestum yang saya jumpa di google.Tak sedap dan tak terasa pun nestum tu. 

Saya nak kan biskut nestum yang kaya dengan rasa nestum. Bila kita gigit terasa kepingan nestum. Biskut yang tak terasa tepung dan mentega.

Jadi saya  masuk ke banyak blog masakan luar negara. Kebanyakan resepi biskut oat diluar negara menggunakan oat yang banyak. Berbagai resepi yang saya jumpa dan saya olah sedikit sukatan dan masuk kan beberapa bahan lain dengan rujukan dari berbagai blog.

Biskut nestum akan sedikit chewy ketika masih panas. apabila sudah sejuk baru lah biskut akan rangup dan rapuh. Jika biskut yang dibuat berasa rangup sebaik keluar dari oven itu bermakna sukatan nestumnya tidak banyak. Rasa nestumnya juga tak terasa.


Resepi Biskut Nestum Paling Sedap.

Untuk menyediakan biskut nestum bahan-bahan yang diperlukan ialah:-


Bahan-bahan

2 cawan tepung gandum

250g mentega

1 cawang tepung jagung

2 setengah cawan nestum

2 sudu besar susu tepung

1 setengah cawan gula pasir

2 biji telur + 1 biji kuning telur

* 1 biji telur untuk sapu diatas biskut.

Cara membuatnya:

kacau mentega dan gula sehingga sebati. 

Masuk kan esen vanila dan 2 bii telur + 1 biji kuning telur. kacau sebati

Masuk kan Tepung gandum  , tepung jagung , susu tepung dan nestum.

kacau sebati. Adunan tidak terlalu keras dan tidak terlalu lembut.

kemudian bentuk kan adunan menjadi bulat2 kecil . Ikut saiz yang kita suka. Saya buat saiz biskut makmur  je.

Susun dama dulang dan jarak kan. 

Guna garfu dan tekan perlahan . kemudian sapukan tepur diatas biskut.

Bakar dengan suhu 200 selama 20-25 minit.

Bila biskut sudah keperangan, keluarkan dan sejuk kan ia.




Biskut agak chewy ketika panas. sejuk kan ia dan biskut akan menjadi rangup

Jika mahukan rasa yang pelbagai boleh juga dimasuk kan badam, kismis atau coklat chip ke dalam adunan. 

Biskut ini juga rasanya sama seperti biskut oat julies yang terdapat di kedai. sesuai untuk dijadikan sarapan ringkas anak-anak dan snek yang sihat ketika anak-anak lapar.

Selamat mencuba..

Catat Ulasan

0 Ulasan