NOBODY 2021 : REVIEW DAN SINOSIS

NOBODY 2021 : REVIEW DAN SINOSIS | Filem aksi yang bagi saya best jugak. Hero dia Bob Odenkirk. Hero tua kalau filem aksi mesti meletop2 kan..  Kabarnya 2 tahun persiapan Bob Odenkirk untuk filem ni. Dan hasilnya memang terbaik



Filem ni tentang sorang lelaki yang tak de identiti. Sampai anak isteri pun sebenarnya tak tahu siapa dia sebenarnya.

Tak sesuai untuk tontonan anak2 sebab ada banyak babak ganas. Tikam menikan. Tembak menembak. Fuh!! Tarik napas masa tonton.

Yang paling best dalam cerita ni ialah dia punya babak aksi nampak jelas. Tak de la nampak macam trick kamera. Masa babak aksi lagu best2. 😉

Sinopsis

Hutch Mansell seorang lelaki biasa dengan isteri dan 2 anak yang melalui hari2 seperti biasa. Pergi kerja balik kerja 5hari seminggu. Rutin harian dia tak de apa yang berubah.

Satu malam rumah mereka dimasuki perompak. Anak lelaki Hutch bergelut dengan perompak. Hutch ada peluang untuk pukul perompak tapi dia lepaskan perompak tu. 


Anak lelaki dia tak puas hati dengan tindakan dia. Malah jiran dan orang sekeliling rasa tindakan dia salah dan memperkecilkan dia. Diaorang rasa dia lelaki yang lembik dan tak boleh harap

Tak duduk diam, Hutch bertindak mencari perompak tu dan bila dia masuk dalam rumah perompak tu dia tengok family perompak tu orang susah siap ada anak yang sakit. 

Dia keluar dan naik bus untuk balik. Dalam perjalanan bus berhenti dan ada samseng naik bus tu. Diaorang ganggu penumpang dalam bus. Hutch yang waktu tu hati tengah panas, tutup pintu bus dan belasah semua samseng dalam bus.



Semua masuk hospital. Salah sorang samseng tu, abang dia ketua penjahat rusia. Marah betul abang samseng tu dan diaorang nak serang hendap keluarga Hutch. Hutch dapat kesan dan suruh ahli keluarga sembunyi kat bilik bawah tanah. 

Bermula la aksi pembalasan dendam Hutch Mansell. Siapa sebenarnya Hutch Mansell?? Sila tonton kalau nak kan jawapan nya..

Catat Ulasan

0 Ulasan