GADIS 17 TAHUN DIPUKUL SEHINGGA MATI DAN DIGANTUNG HANYA KERANA MEMAKAI JEANS

27 July 2021 satu mayat ditemui tergantung dijambatan sungai Gandak di India. Gadis malang tersebut dikenali sebagai Neha Paswan yang baru berusia 17 tahun. Suspek yang membunuh mangsa menggantung mayat Neha untuk mengaburi pihak polis seolah-olah kejadian tersebut seperti bunuh diri.

Ini lah kisah yang sebenarnya disebalik kejadian tersebut. Seorang gadis berusia 17 tahun  dipukul hingga mati oleh saudara-mara kerana mereka tidak suka melihat dia memakai seluar jeans.


Neha Paswan didakwa dipukul dengan teruk oleh tongkat oleh datuk dan pamannya setelah bertengkar mengenai pakaian baratnya di negeri utara Uttar Pradesh di India.

Kematiannya yang tragis mendapat perhatian dunia memandangkan ketika ini  masih terdapat banyak laporan mengenai kanak-kanak perempuan dan wanita muda yang perlakukan dengan kejam oleh ahli keluarga

Ibu gadis malang tersebut yang masih dalam keadaan sedih dan kecewa , Shakuntala Devi Paswan, mengatakan kepada BBC, anak gadisnya itu seorang yang rajin berpuasa sepanjang hari. Pada malam kejadian tersebut,Neha Paswan memakai seluar jeans dan melakukan upacara sembahyang. Ketika datuk dan neneknya membantah dan mempertikaikan cara pemakaian nya, Neha membalas seluar jeans tersebut dibuat untuk dipakai dan dia akan memakainya. 

Ibu bapa gadis tersebut mengatakan bahawa anggota keluarga yang lain membantah "pakaian barat" yang mereka anggap "tidak sesuai" dan mereka memaksa Neha supaya menukar memakai pakaian tradisional.

Shakuntala mengatakan bahawa pertengkaran tercetus dan mengakibatkan anak perempuannya diserang dengan ganas dan ketika remaja itu tidak sedarkan diri mertuanya memanggil autorickshaw untuk membawanya ke hospital.

"Ahli keluarga mertua juga tidak membenarkan saya mengikut mereka ke hospital. Saya meminta saudara mara saya yang lain mencari anak saya disetiap hospital tapi malangnya tidak ditemui" katanya.

Keesokan paginya pasangan suami isteri ini terkejut apabila mendapat berita  bahawa mayat seorang gadis tergantung di jambatan sungai Gandak. Mayat tersebut adalah mayat anaknya, Neha Paswan.

Polis melakukan siasatan ke atas nenek , datuk, bapa saudara, ibu saudara dan sepupu Neha . 10 orang suspek tersebut termasuk pemandu autorickshaw ditahan dan siasatan masih diteruskan.

Menurut Ibu Neha , ibu mertuanya suka memaksa Neha untuk berhenti belajar. Neha bercita-cita menjadi seorang anggota polis. Ayahnya berusaha bekerja demi memberi pendidikan kepada Neha. 

Catat Ulasan

0 Ulasan