DOA MENCARI BARANG HILANG AGAR MUDAH DITEMUI |Kat rumah saya ni kalau barang hilang memang susah la nak cari sebab saya ni tahap pelupa tu memang kritikal. Memang tak la saya nak menyelongkar bilik stor dan laci semata-mata nak mencari barang yang hilang atau yang saya tak ingat letak di mana.
Dulu saya ni sejenis yang bila nak guna barang yang tak pasti letak kat mana , saya rajin juga menyelongkar . Tapi sekarang sejak dah berusia ni malas la nak bagi tekanan kat fikiran dan badan.hahahah..
Tapi walaupun saya tak mencari tapi saya suka amalkan satu doa ni. Bila saya baca doa ni berulang kali , makin lama saya makin ingat kat mana barang tu ada, Kadang-kadang tempat barang tu tersimpan menjelma dalam fikiran saya..
Macam tu la hebat nya doa dan kebergantungan kita hanya pada Allah di saat kita tak mampu untuk berbuat apa-apa.
DOA MENCARI BARANG YANG HILANG
Saya kongsikan disni doa yang dibaca ketika mencari barang yang hilang atau ghaib.
1: Surah Al An'am ayat 103
لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ ۖ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ
"Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang Maha Halus lagi Maha Mengetahui "
Diatas ni doa yang paling kerap saya baca berulang kali bila lupa simpan barang kat mana. Mermang sanagt-sanngat membantu
2: Doa nabi Yunus berserta selawat
Selain tu korang juga boleh baca doa nabi Yunus beserta dengan selawat.Sebaiknya dilakukan dulu solat hajat 2 rakaaat.
Kemudian baca surah Al- fatihah sebanyak 21 kali. Selepas tu baru baca doa nabi Yunus sebanyak 100x . Lepas tu berdiri dan selawat keatas nabi sebanyak 4 kali.Habis 4 kali terus hembus ke arah barat.,
kemudian selawat lagi 4 kali dan hembus kearah 4 penjuru mata angin: utara barat selatan dan timur.
sekian..
0 Ulasan