TANAH PERKUBURAN ANEH YANG MENUKAR MAYAT MENJADI BATU

Tanah Perkuburan aneh yang menukar mayat menjadi batuFenomena mayat menjadi batu secara misteri secara semula jadi telah menyebabkan para saintis buntu untuk mencari punca dan penyebab fenomena tersebut berlaku.  

Telah diketahui orang Mesir kuno menghabiskan berabad-abad tahun untuk mengkaji dan mengembangkan teknik mengawet mayat. Malah pada masa kini, ketika sains dan teknologi telah mencapai kemajuan besar, menjaga mumia juga memerlukan kos yang tinggi.

Namun, di sebuah tanah perkuburan di kota kecil San Bernardo, Colombia, mayat-mayat disitu secara semulajadi menjadi mumia di dalam keranda mereka.  Mayat-mayat tersebut mengeras secara beransur-ansur tanpa mengurai seperti biasa.


Fenomena yang jarang berlaku ini dikenal pasti lebih dari 20 tahun yang lalu hasil penemuan Sir Eduardo Cifuentes. Semasa mengubahsuai kawasan kubur yang sudah lama ditinggalkan di perkuburan  bandar Bernardo, penggali kubur Eduardo menyedari sesuatu yang luar biasa di kawasan itu.

 

Menurut Mr Eduardo, pakaian dan kulit mayat telah berubah menjadi coklat. Selain itu, kulit mayat juga berkedut kerana mayat yang sudah lama ditanam



Fenomena ini telah menarik perhatian para saintis. Banyak pakar datang ke San Bernardo untuk mengkaji mayat yang bertukar menjadi batu. Menurut sumber, sebahagian besar mayat dikebumikan pada akhir tahun 1950-an.

Selain tanah perkuburan di Colombia, terdapat satu lagi tempat di Amerika Latin di mana tanah nya mampu mumifikasi semula seperti yang berlaku di San Bernado. 

Guanajuato, sebuah bandar di tengah Mexico. Namun, saintis mendapati penyebabnya adalah kerana keadaan tanah dan gas di dalam tanah. Penjelasan tersebut tidak boleh dikaitkan untuk menjelaskan mayat-mayat yang membatu di San Bernardo kerana mayat-mayat di San Bernado diletakkan di dalam keranda. Oleh itu, mayat tersebut tidak bersentuhan dengan tanah.

Penduduk tempatan memberikan beberapa penjelasan untuk fenomena ini. Sebilangan orang berpendapat bahawa kerana kesucian air dikampung dan makanan mereka bebas dari bahan kimia. Ada juga yang mengatakan suhu di kawasan ini sangat baik untuk proses mengawetkan mayat.

 

Menurut mereka lagi masyarakat disitu mengamalkan diet yang sihat iaitu, guatila atau pun Chayote. Sebiji buah berwarna hijau dengan duri halus pada kulitnya. Buah Guatila ini kerap di tambahkan ke dalam sup dan menjadi sajian penduduk disitu.


Setelah penemuan yang tidak dijangka ini, sebuah muzium khas didirikan di belakang tanah perkuburan. 8 mumia terpelihara terbaik dipaparkan dalam bekas kaca. Muzium ini telah menjadi tarikan utama pelancong di Colombia. Walaupun ini dapat meningkatkan ekonomi tempatan, namun ada yang membantah kerana tidak mahu mengambil kesempatan keatas simati.


Mayat-mayat yang menjadi batu di Pompeii, Itali.

Di Itali terdapat juga mayat yangmenjadi batu. Namun, kes ini lebih mudah untuk dijelaskan kerana mayat-mayat tersebut menjadi mangsa letusan Gunung Vesuvius di kota Pompeii. Pose dan ekspresi wajah penduduk kampung yang malang masih terpelihara setelah 1,900 tahun dikebumikan di bawah abu gunung berapi.

Bandar Pompeii, yang terletak berhampiran wilayah Naples di Itali sekitar abad ke-7 hingga ke-6 SM oleh Osci atau Oscans - sebuah kumpulan etnik yang berasal dari pusat Itali. Menjelang abad ke-1 SM, bandar ini berada di bawah kawalan Rom. Tetapi pada 24 Ogos 79 SM, kejadian mengerikan menimpa Pompeii: Gunung berapi Vesuvius meletus. Batu, lava dan abu melanda kota itu. Dianggarkan kira-kira 2000 orang Pompeii dikuburkan selama-lamanya disitu

Hari ini, dua pertiga dari Pompeii telah digali. Tempat ini telah diakui oleh UNESCO sebagai tapak warisan dunia dan merupakan salah satu tarikan pelancongan paling popular di Itali dengan hampir 3 juta pengunjung setiap tahun.

 

Catat Ulasan

0 Ulasan