RESEPI MEE KUAH SAMBAL SOTONG YANG MUDAH DAN SEDAP

 RESEPI MEE KUAH SAMBAL SOTONG YANG MUDAH DAN SEDAP | Assalamualaikum...


kalau di belah utara ni ada macam2 versi mee kuah kita akan jumpa..
ada yang buat dengan udang saja..ada yang dengan dengan daging dan udang..
Tapi yang biasa saya buat guna daging sahaja
Lepas tu bila nak di makan ada yang letak sambal ayam,sambal udang dan hari ni saya nak tunjuk mee kuah  bersama sambal sotong.
Rasanya memang sedap.Jom tengok resepi..


Bahan-bahan nya :-

1 bungkus Mee kuning ( dicelur)

(bahan sampingan)
5 biji telur (direbus)
segenggam taugeh
bawang goreng
Daun sup dan daun bawang (dihiris halus)
limau nipis

1/2 kg daging (direbus dan di potong dalzam ukuran 1/2 inci)
2 cawan air rebusan daging
5 biji bawang merah (di hiris)
5 ulas bawang putih (dihiris)
3 sudu besar cili kering yang dah di kisar
2 sudu besar sos cili2 
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar  kicap pekat

Cara-caranya:-

1.tumis cili kering, bawang merah dan bawang putih.
2.masuk kan sos cili,coc tomato dan kicap pekat.
3. masuk kan air rebusan daging dan daging.masak hingga mendidih sampai dia jadi pekat.
Kalau kering  sangat tambah kan air sikit lagi.
masuk kan garam dan gula.
masak hingga mendidih..


Cara buat sambal sotong
*******************

segenggam sotong kering (rendam dulu)
5 bijilas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu besar cili kering yang di kisar.
sos tiram
air asam jawa
garam dan gula.

cara-caranya:-

1. tumis bawang merah , dan bawang putih
2. masuk kan cili kering ,tunggu sampai cili kering garing dan naik minyak
3. masuk kan sotong  dan sos tiram
4. masuk kan air asam jawa.garam dan gula . 
5.masak hingga kering.
dah siap.

cara nak hidang,
masukan mee kuah yang sedap ke dalam mangkuk dan bahan-bahan sampingan nya tu..
senduk kan kuah dan  sesudu sambal sotong ke dalam mangkuk..
dah siap dan boleh di makan..


Catat Ulasan

0 Ulasan