RESEPI KUIH SERI MUKA YANG MUDAH DAN SEDAP

 RESEPI KUIH SERI MUKA YANG MUDAH DAN SEDAPAssalamualaikum...





Saya ada buat kuih seri muka ni..Last saya buat kuih ni tahun lepas kot..tak berapa nak jadi .boleh makan sendiri je..tak bagi kat orang sebab rupa tak cantik..heheheh

Tapi kali ni buat kli kedua ada la kemajuan sikit.Kuih ni memang kegemaran saya.Dulu saya tak suka kuih ni..Tapi sejak mengandungkat Mikhail jadi suka sampai suami beli hari2..dah berlalu zaman mengandung ni pun masih suka lagi kuih ni..Tu yang tergerak hati nak belajar buat sendiri..



Meh la kita tengok resepi2 nya..saya sukat guna sudu je.sebab kalau sukat guna cawan macm banyak pulak ..bukan nak hantar ke masjid..setakat makan sendiri,,cukup la satu dulang kecik tu je...

Bahan-bahan nya

Bahagian bawah
2 cawan beras pulut (sukat guna cup yang sukat beras periuk nasik tu)
1/2 sudu kecil garam
2 cawan santan

cara-caranya;

Bersihkan beras pulut dan rendam dalam 4-5 jam.
kemudian buang air rendam beras pulut tu dan masuk kan dalam loyang.
Masuk kan garam ke dalam santan.kacau sebati dan tuang dalam loyang yang ada pulut tu.
kukus pulut sampai lembut.(15-20 minit),
Dah siap kukus ,tekan2 sikit pulut tu bagi padat.ketepikan.

Sekarang kita nak buat bahagian atasnya nya.
Masa ni boleh panaskan pengukus



bahan-bahan nya

 bahagian atas
1 biji telur
3 sudu besar gula pasir
3 sudu besar gula merah
2 cawan air (saya sukat guna cup yang sukat beras tu)
1 cawan santan (saya guna santan kotak)
1 sudu besar  tepung jangung
2 sudu besar tepung gandum


cara-caranya-

Masuk kan air ,gula pasir dan gula merah dalam periuk.masak sampai mendidih.guna api kecil.

dalam bekas lain masuk kan santan,tepung gandung , tepung jagung dan telur ..kacau sebati...saya guna handmixer je..masuk kan dalam periuk yang ada air gula tu dan kacau dengan api perlahan.

Bila dah pekat sikit,terus masuk kan dalam loyang yang ada pulut tadi.

Ratakan bahagian atas tu..kemudian kukus sampai masak(15-20 minit.)



dah siap boleh la potong2.sejuk kan dulu sebelum potong.potong guna pisau plastik.Selamat mencuba..

Catat Ulasan

0 Ulasan