RESEPI DAGING BAKAR DAN AIR ASAM YANG MUDAH DAN SEDAP

 RESEPI DAGING BAKAR DAN AIR ASAM YANG MUDAH DAN SEDAPAssalamualaikum.... Mesti ramai yang dapat daging korban ..kan?? rumah saya ni cuma saya dan suami je yang makan daging beriya-iya..kalau buat daging  bakar dan air asam lagi la anak-anak tak pandang .Buat sup anak2 makan sikit je..Dia orang lebih suka makan ayam.Sebab tu kalau beli daging sekilo punya la lama nak habis.hahah..Saya pulak jenis tak suka makan benda sama je..saya lebih suka ikan.


Oleh sebab kita ada lambakan daging untuk bekalan sehulan dua ni..Maka kita buat la makanan yang paling suami suka iaitu daging bakar dan air asam.Ada orang dia rebus je daging tu..kan? Tapi suami saya dia suka kalau lepas rebus di bakar sikit .

Untuk air asam, saya guna cara paling senang nak buat.heheh..ada macam2 versi air asam ni .Tapi kegemaran kami dah tentu yang diletak kan sedikit kerisik.Kena dengan daging dan kalau dengan ikan bakar pun lebih sedap.



Jom kita tengok cara buat daging bakar dan air asam versi saya.daging bakar air asam yang paling simple tapi paling sedap.Saya sediakan resepi ni untuk makan sekeluarga anggaran dalam 1/2 kilo daging ye..

Bahan-bahan

1/2 kilo daging 
1 biji bawang besar 
20 tangkai cili padi
2 biji tomato
1 sudu belacan
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 cawan air asam jawa
1 sudu besar kerisik

Cara-caranya..

Jadikan daging dalam 3 bahagian dan rebus selama 30 minit..kemudian angkat dan tos.Lumur daging dengan garam dan kunyit.bakar dalam 15 minit.

cara buat air asam.

Hiris bawang besar,tomato dan cili padi . Ambil dalam setengah bahan2 yang dihiris ni kemudian kisar bersama garam,gula,belacan, kerisik  dan air asam jawa..campurkan bahan kisar dengan lebihan bahan yang dihiris tadi...dah siap.!!

nak makan hiris  lah daging yang dah siap bakar tu dan hidangkan dengan air asam.

Mudah kan??
selamat mencuba...


Catat Ulasan

0 Ulasan