PEMUDA INI TERGAMAK MEMBUNUH DAN MEMASAK KEDUA IBU BAPANYA

PEMUDA INI TERGAMAK MEMBUNUH DAN MEMASAK KEDUA IBU BAPANYA |  Bagi semua yang bergelar ibu bapa mesti ada letak kan sedikit harapan pada anak-anak. Sekurang-kurang nya kalau tak berjaya dalam pelajaran biar lah dah tua-tua nanti ibu bapa boleh menumpang kasih sayang anak-anak. Bila anak masih kecil ni kita belai,kita manja kan dan harapnya besar nanti mereka akan  kenang semua itu.



Pasangan suami isteri  , Chau Wing-Ki (65) dan isterinya Siu Yet-Yee (62) pasti tidak menyangka anak yang mereka kandung dan besarkan sanggup melakukan perkara yang akhirnya menamatkan riwayat hidup mereka berdua. Henry Chua didakwa kerana membunuh ibu dan ayahnya sendiri pada tahun 2013.

Kejadian ini menggemparkan penduduk Hong Kong kerana ianya adalah pembunuhan kejam seorang anak terhadap kedua ibu-bapanya. Pada tahun 2015 Henry Chau dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh dan memasak kedua-dua orang tua nya.

Pada mula nya Chau dan isterinya Siu dilaporkan hilang . Namun selepas beberapa hari akhirnya pasangan suami isteri ini ditemui didalam peti sejuk di apartmen Henry Chau.

Henry awalnya memberitahu ibu bapanya pergi ke China namun penemuan 2 kepala didalam peti sejuk menjawab segala punca kehilangan ibu bapanya.

Henry Chua mengaku beberapa bahagian badan ibu bapanya di cincang dan dimasak untuk dijadikan bekal makanan nya. Ini berikutan penemuan beberapa anggota badan yang tidak lengkap di tempat sampah .

Sebelum dia membunuh ibu dan ayanya , dia sudah meneliti dan merancang kejadian tersebut termasuk menyediakan semua peralatan yang diperlukan seperti , pisau pemotong daging, pisau buah, penukul, bahan peluntur, periuk nasi dan mikrowave. Malah semua perlatan ini dicatatkan dalam nota nya.

Kemudian pada nota tersebut ditemui senarai rancangan jahat Henry yang dilabelkan sebagai "Plan B" dengan tulisan yang lebih terperinci seperti memotong kulit, memotong organ , mencuci darah dan mencukur rambut.



Mengikut siasatan polis, semua bahagian badan dipotong kepada 20 bahagian mengambil masa 2 hari bermula 1 March 2013 , untuk Henry menyelesaikan kerja gilanya.

Ketika soal siasat dibuat Henry mengakui awalnya dia ingin membunuh diri. Tapi dia berubah fikiran kerana memikirkan Ibu dan ayahnya lah yang membuatkan dia tertekan selama ini. Jadi dia memutuskan untuk membunuh kedua orang tuanya sendiri.

Soal siasat terhadap kenalan dan saudara maranya juga membuktikan Henry cenderung untuk melakukan pembunuhan kerana dia pernah mengakui yang dia ingin menjadi pembunuh bersiri.

Pakar patologi yang menyiasat tempat kejadian mengakui tidak sanggup untuk mengingati setiap anggota badan yang ditemui dirumah Henry. Ada bahagian anggota badan yang diasinkan dan adayang sudah hilang dipercayai dimakan oleh Henry.

Henry juaga mengakui dia tidak melakukan jenayah ini berseorangan. Dia memberitahu dia turut dibantu rakan nya Tse Chun-kei, 38. Nmun Tse tidak mengakui perkara tersebut.DIa mengatakn yang Henry mengugut akan mencederakanibunya jika Tse tidak mengikut arahan nya. Tse dibebaskan dari tuduhan membunuh.

Catat Ulasan

0 Ulasan