5 LATIHAN ASAS JIKA ANDA BARU BERJINAK-JINAK KE GYM

 5 LATIHAN ASAS JIKA ANDA BARU BERJINAK-JINAK KE GYM | Bagi korang yang baru berjinak-jinak ke gym mesti agak sukar untuk menyesuaikan diri dengan latihan-latihan dan peralatan sukan di gym.



Gym for beginner. Sebagai newbie perasaan tertanya-tanya apa kah latihan yang harus dilakukan untuk permulaan dan bagaimanakah cara untuk melakukan nya dengan betul supaya latihan yang dilakukan memberi kesan yang bagus pada tubuh badan.

hari ni saya kongsikan 5 latihan asas untuk korang yang baru berjinak-jinak ke gym yang saya petik dari laman web times of India . Latihan asas ini adalah adalah seperti yang dicadangkan oleh atlet ESN, Jinni shaikh

1- squat - Berdiri tegak dengan tangan diluruskan ke hadapan. Bengkokkan lutut  dan turun ke bawah . 



Kawal bahagian pinggul supaya  selari dengan lantai. Kekalkan keseimbangan dan tetap  lurus semasa naik dan turun.


2- Lunge - Berdiri lurus dengan tangan di letak kan ke pinggang.. Korang juga boleh melakukan lunges dengan memegang dumbbell semasa melakukan latihan ini. 



Kalau tak de dumbbell untuk di pegang ,boleh isikan  air 1 liter ke dalam botol untuk merasa kesan membakar. Gerak kan l kaki kanan anda ke hadapan dan bengkokkan kaki kiri  juga. Kawal  lutut supaya tidak menyentuh lantai. Ulangi cara yang sama dengan kaki kiri pula.


3- Bent Over row - Untuk melakukan latihan ini, dumbbell atau beban lain  di perlukan . Berdiri tegak dengan kaki lurus . 



Seterusnya angkat  tangan anda ke hadapan, bengkok dari pinggang dan lihat lurus. Bend tangan anda seperti mendayung bot.


4. Overhead press - Berdiri lurus sambil memegang dumbbell . Kemudian angkat dumbbell ke paras bahu.



Teruskan pula gerakan tangan sambil mengangkat dumbbell ke atas melepasi kepala.ulang langkah ini beberapa kali.

5.Chest Press -  Baring  di atas lantai. Bengkokkan lutut.. Semasa memegang beban, angkat beban keatas,kemudian turunkan beban ke bawah.  ulang langkah ini beberapa kali.



Setiap latihan yang di tunjuk kan diatas perlu dilang sebanyak 10 hingga 15 kali. Ianya memerlukan disiplin yang tinggi dan latihan yang berterusan.

semoga bermanfaat untuk semua.

Catat Ulasan

0 Ulasan