PROJEK ANCHOR SPM | Bermula 15 Mac hingga 3 Mei 2021 Astro citra akan menyiarkan siri drama premium Astro Originals 'Projek Anchor SPM' diinspirasikan daripada penipuan yang dirahsiakan di Malaysia. Drama ini akan disiarkan pada jam 9 malam di Astro Citra, saluran 108 HD | 128 SD, atau strim di On Demand dan Astro GO.
sinopsis Projek Anchor SPM
Mengisahkan tentang sekumpulan pelajar tingkatan lima di Sekolah Tengku Isa Anuar (STIA) di Cameron Highlands, yang merupakan sebuah sekolah berasrama penuh berprestij.
Aizat, kapten pasukan ragbi yang disegani, bersama Hilmi, iaitu Ketua Pelajar dan Ketua Pengawas yang cemerlang, serta rakan mereka yang hanya dikenali sebagai Botol, adalah rakan karib dan sentiasa bersama di kala waktu susah dan senang.
Sementara itu, Aaidaa, pelajar paling cemerlang akademik STIA yang gemar menyendiri, bersusah payah membantu adik tirinya, Jaja, yang kurang mahir pendidikan, untuk bersedia hadapi peperiksaan terbesar, SPM.
Di samping itu, setelah mencuri keluar beberapa kali daripada kampus sekolah pada waktu malam, Aizat akhirnya ditangkap oleh Pengetua Awang, pengetua STIA yang amat tegas.
Pengetua Awang, memberi syarat kepada Aizat supaya tidak dibuang sekolah dan perlu meraih keputusan 8A dalam peperiksaan percubaan SPM yang sudah hampir.
Justeru, Aizat dengan terdesaknya cuba mencari jalan keluar, dan akhirnya berjaya bersekongkol dengan Aaidaa, dan menghasilkan sebuah pelan untuk membantu rakan-rakan seluruh tingkatan mereka cemerlang SPM melalui strategi meniru besar-besaran.
Pelakon
Daiyan Trisha - Aaidaa
Aedy Ashraf - Aizat
Shasha Abedul - Jaja
Nadhir Nasar - Hilmi
Chubb-E - Botol
Adlin Aman Ramlie - Tuan Awang
Tony Eusoff - Zubir
Daniella Sya - Tai Ying
0 Ulasan