DIHUKUM MELAKUKAN SQUAT 300 KALI LELAKI INI MENINGGAL SELEPAS KEKEJANGAN | Seorang lelaki warga Filipina ditangkap kerana melanggar perintah berkurung dan dihukum melakukan squat sebanyak 300 kali.
Darren Manaog Penaredondo meninggal dunia pada 3 April, dua hari selepas dia ditangkap melanggar perintah berkurung . Lelaki berusia 28 tahun itu ditangkap oleh polis kerana membeli air minuman dari sebuah kedai tempatan selepas jam 18.00.
Isterinya Reichelyn Blace, mendedahkan bahawa Penaredondo dan seorang lagi yang ditangkap diminta untuk melakukan squat 100 kali, dan diberitahu untuk mengulanginya jika tidak serentak. Ketika Penaredondo pulang keesokan harinya, dia mengalami masalah untuk berjalan kerana sudah melakukan 300 squat.
Mendedahkan perkara tersebut kepada media Filipina , Blace mengatakan bahawa Penaredondo dibawa pulang dengan dipapah oleh beberapa pesalah lain yang ditahan kerana melanggar perintah berkurung. "Saya bertanya kepadanya adakah dia diseksa. Dia hanya ketawa, tetapi saya tahu dia sedang menderita kesakitan," katanya.
Blace menjelaskan bahawa sepanjang hari suaminya terpaksa merangkak dan menyusuri lantai kerana kaki dan lututnya sakit. Ketika menggunakan bilik mandi, Penaredondo mengalami kekejangan. Jiran-jirannya berusaha menyelamatkannya dengan bantuan pernafasan. Dia sedar untuk sementara waktu, tetapi pingsan tak lama kemudian. Dia akhirnya disahkan meninggal dunia pada pukul 22:00 sebelum sampai di hospital.
Sepupunya, Adrian Lucena mengumumkan kematiannya di Facebook. "Saya tidak dapat pulang disaat begini. Kami mencintaimu," katanya.
Rodolfo Cruz Jr, ketua keselamatan kampung setempat, mengakui Penaredondo ditahan kerana melanggar perintah berkurung dan mengatakan bahawa Penarendodndo dibawa pergi oleh polis tempatan. Leftenan Kolonel Marlo Solero , ketua polis tempatan membuat bantahan atas dakwaan tersebut. Dia menafikan bahawa anggotanya menghukum mangsa
Solero berkata, pegawainya hanya memberi nasihat kepada mereka yang melanggar perintah berkurung. Solero mengatakan sekiranya memang anggotanya didapati mengenakan hukuman kepada mangsa, dia tidak akan bertolak ansur. Wakil rakyat, Ony Ferrer menyatakan, dia akan melakukan penyiasatan penuh kematian Penaredondo yang menjadi viral.
Ferrer menyatakan bahawa dia telah menghubungi keluarga Penaredondo untuk menyampaikan ucapan takziah. "Kami ingin mengetahui apa yang sebenarnya berlaku." Presiden Rodrigo Duterte melanjutkanperintah berkurung selama seminggu lagi. Duterte mengumumkan perintah berkurung di Manila dan empat wilayah lain setelah kes Covid-19 meningkat lagi.
0 Ulasan