APA YANG ANDA LAKUKAN DENGAN GAJI PERTAMA ANDA | Semalam kakak saya kirimkan satu gambar didalam group whatsapp keluarga. Gambar ini..
Anak saudara saya yang satu ini baru berusia belasan tahun. Dan ini adalah gaji pertamanya untuk pekerjaan nya yang pertama. Dia baru sebulan bekerja dengan syarikat J&T. Dalam keadaan sekarang Alhamdulillah dia masih berpeluang mendapat pekerjaan.
Gaji pertamanya diberikan kepada kakak saya. Sebagai ibu, kakak saya diberikan jumlah yang lebih besar berbanding ayahnya. Biasalah, anak -anak akan lebih mengutamakan ibu dalam apa juga perkara..
Gaji pertama adalah permulaan untuk kita belajar menguruskan perbelanjaan kita.kalau kita tinggal dengan keluarga, kita perlu agihkan untuk belanja dapur dan juga bil-bil. Bila lagi nak bantu keluarga.kan?
Tak perlu beri banyak.Untuk permulaan berikan sejumlah "duit makan" untuk meringankan beban ibu dan ayah. Contohnya jika kita hanya makan dirumah pada waktu malam, jumlah anggaran untuk sehari adalah rm7. untuk 30 hari jumlahnya ialah rm210. Kemudian bil air dan elektrik untuk sebulan juga perlu diambil kira.
Dengan cara ini beban keluarga dapat dikurangkan. Apa lagi jika ada adik beradik lain yang bekerja tinggal bersama-sama. Setiap bulan pastikan rm250 diberikan pada ibu atau ayah yang menguruskan perbelanjaan rumahtagga.
Kalau dari usia muda kita dah ada rasa tanggungjawab membantu perbelanjaan keluarga, tentu lepas kahwin nanti kita dah pandai menguruskan wang gaji kita setiap bulan.
Sewaktu saya mula bekerja dulu saya gunakan gaji pertama saya untuk kegunaan sendiri sahaja. memandangkan waktu itu saya menetap di asrama pekerja jadi ada banyak perbelanjaan yang diperlukan.Saya jarang-jarang kirimkan duit untuk keluarga. Agknya sebab tu lah saya tak kaya raya. Hahah.
0 Ulasan