Menurut laporan Sky News keluarga pasien COVID-19 juga terpaksa merayu petugas kesihatan agar mendapatkan oksigen selepas berjam-jam menunggu. Nyawa pasien itu tak selamat dan ia merengang nyawa di depan rumah sakit, terbaring di pinggiran.
Situasi yang dilihat kini bukanberlaku dihospital pedalaman tapi di ibu kota Delhi. Pesakit yang dijangkiti Covid-19 terus datang ke hospital yang sudah penuh. Kebanyakan pesakit juga datang dengan menggunakan kenderaan sendiri tanpa bantuan pasukan perubatan.
Pihak hospital yang tidak dapat membantu mengarahkan sebahagian pesakit mencari hospital lain walaupun ada pesakit yang sudah tidak mampu untuk berjalan.
Seorang wanita menjerit-jerit marah dan kecewa kerana ibunya yang semakin tenat tidak mendapat tempat dan layanan di hospital tersebut. "Rumah sakit ini tidak berguna!" jeritnya.
BUkan wanita tersebut saja malah ramai lagi keluarga pesakit yang tidak mampu menhaan perasaan dan menangis kerana tiada bantuan perubatan diberikan kepada ahli keluarga mereka.
Seorang pemuda berkata dia sempat menghantar ayahnya ke hospital, tetapi tidak ada sesiapa yang menolong hingga ayahnya mengembuskan nafas terakhir. kemudian dia menghantar datuknya dan kjeadaan sama berlaku apabila tiada bantuan perubatan diberikan.
Menurut laporan dari Johns Hopkins University Jumlah kes COVID-19 di India sudah mencecah 16.9 juta kes dan 192 ribu orang meninggal dunia. Jumlah kematian dijangka akan meningkat.
0 Ulasan