RESEPI SATEY AYAM MUDAH DAN SEDAP | Assalamualaikum... Saya bakar satey hari ni..Satey ni dah di buat bebeapa hari lalu .sebelum saya bercuti lagi..tapi baru hari ni saya sempat bakar .Tu pun sebab dalam peti sejuk tak de dah lauk..hahaha..jadi kita makan satey je la tengahari ni..
Saya buat satey ni tak ikut resepi pun..ikut suka je nak letak apa..last2 rasa jugak satey nya..Guna bahan yang mudah2 je..nak resepi?/jom tengok bahan-bahan dan cara buat satey yang simple tapi sedap.
Resepi Satey
sebelum tu rendam dulu lidi satey tu ye..
rendam dalam 2-3 jam.tujuan nya supaya lidi satey tak mudah terbakar atau hangus bila kita membakar nanti..
bahan2 untuk perapan ayam.
1 ekor ayam ambil isinya saja.potong bentuk kiub.agak2 dalam besar ibu jari je.
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
1inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
3 batang serai
1 sudu ketumbar
1sudu serbuk kulit kayu manis
1sudu jintan manis dan jintan putih
3 sudu makan madu
1 sudu kecilgaram
1 sudu besar gula
Cara-caranya:-
*kisar semua bahan2 diatas kecuali ayam.
*kemudian masuk kan dalam ayam yang dah dipotong tadi.
*ambil lidi cucuk ayam pada lidi.satu lidi cukup dalam 4-5 ketul ayam.
*masuk kan dalam bekas tertutup dan biar kan dalam 3-4 jam.
kemudian baru lah di bakar.
selalu kan ada benda yang kita renjis2 tas satey tu kan?/
saya guna santan yang dicampur dengan serai je...
Resepi Kuah Kacang Paling Sedap Di Malaysia
sekarang kita nak buat kuah kacang..kuah kacang saya mudah je..
satu lagi saya tak suka kacang tu 100% hancur..
saya suka yang kasar2 dan bila makan kita boleh gigit2 kacang tu..
baru lah syok.hehhe
bahan-bahan untuk kuah kacang
1 cawan kacang tanah di goreng tanpa minyak..lepas tu tumbuk..kalau suka halus kisar je .
10 tangkai Cili kering
35 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
kulit kayu manis
bunga lawang bunga cengkih.
2 sudu udang geragau
garam
gula
cara-caranya
1-kisar cili kering , bawang merah , bawang putih dan udang geragau.
2-tumis serai ,kulit kayu manis,bunga lawang dan bunga cengkih.
3- masuk kan bahan yang dikisar tadi.tunggu sampai naik minyak..
4- masuk kan kacang bersama 1 cawan air.
5-masuk kan garam dan gula..
6-kemudian tunggu sampai masak ..jangan kering sangat..
kalau macam saya memang suka kering2 sikit,tapi kalau awak suka berkuah boleh tambah air .
macam ni lah rupa kuah kacang saya...
satey ni lain orang lain rasepi dia..
tak semua sama..
ada satey yang tak pakai udang geragau untuk kuah dia..
tapi pakai belacan..bergantung pada orang la sebenarnya..
yang penting jangan takut untuk mencuba...
memasak ni kena kreatif...
0 Ulasan