RESEPI WAFFLE PALING SEDAP LEMBUT DAN GEBU

RESEPI WAFFLE PALING SEDAP LEMBUT DAN GEBU | Memandangkan blog lama dah berkubur jadi saya tulis semula resepi ni dalam blog ini. Waffle maker ni sampai sekarang masih elok dan tak rosak. Berbaloi beli walaupun harga nya cuma rm70 lebih je kalau tak salah saya.



Untuk menghasilkan waffle yang cantik ni saya mencuba banyak resepi . Kalau korang beli waffle maker ni, di dalam nya ada disediakan resepi jugak.Tapi kena olah sikit untuk dapatkan hasil yang cantik macam saya buat ni.

Banyak juga resepi dari google yang saya cuba tapi kebanyakan nya menghasilkan waffle yang keras. Selepas beberapa percubaan ini lah resepi Waffle paling sedap lembut dan gebu


Dibawah ni pulak gambar waffle yang keras. Bila adunan tak menjadi masak pun tak sekata. Jadi tompok2 je. Tak cantik kan..



Resepi Waffle Paling Sedap Lembut dan Gebu 

Bahan-bahan-



2 cawan tepung - saya guna cawan teh tu je..bukan mug ye..CAWAN!
2 biji telur gred B - asingkan putih dan kuning nya
1 kotak kecil susu full cream
2 sudu gula
secubit garam

1 sudu besar marjerin di cair kan. (boleh gantikan dengan butter)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil baking soda
1/2 sudu kecil esen vanila

sedikit majerin untuk di sapu pada pan Waffle


Cara-caranya-

Dalam satu bekas masuk kan tepung , gula,secubit garam, baking soda, baking powder, susu, esen vanila, telur kuning, majerin yang sudah dicairkan.

 Kacau tepung sampai sebati...dan lembut..

kemudian dalam bekas lain pukul putih telur sampai putih dan kembang dan tak jatuh bila diterbalik kan.  kemudian masuk kan putih telur dalam adunan tepung.

Kacau balik kaup je sampai sebati...jangan kacau kuat2.

Panaskan Waffle maker..sapu majerin atau butter sikit pada pan..

Bila dah panas masuk kan adunan tepung tadi.
Kemudian tutup.

Lepas 3 minit dah siap.Boleh di makan dengan coklat, nutella atau peanut butter,.Nak makan dengan jem buah pun boleh ..dengan susu pekat pun boleh..

resepi waffle

resepi waffle sedap

Ini lah dia waffle yang lembut, gebu dan paling sedap .Walaupun dah sejuk tetap rasa lembut.selamat mencuba..


Catat Ulasan

0 Ulasan