IKAN PARI MASAK TEMPOYAK PETAI MUDAH DAN SEDAP | Assalamualaikum... Apa menu berbuka hari ni?hari ni saya masak ikan pari masak tempoyak bersama petai.Sendiri tanya sendiri jawab.memang syok sendiri.hahahah.Kat rumah saya memang banyak bekalan tempoyak.Baru2 ni pergi rumah kakak saya dia tambah lagi stok tempoyak kat rumah.saya siap berbagi pada kawan2 kat sini.
Jadi hari ni masa tengah menemurah suami ,saya tanya apa yang dia nak makan untuk berbuka?dan jawapan dia yang paling saya suka.."masak je apa pun..." maka dengan penuh rasa pentingkan diri sendiri saya masak la ikan Pari masak tempoyak bersama petai.Suami saya tak makan tempoyak tapi kali ni saya paksa dia makan...heheh
Bukan saja kerana saya memang hantu tempoyak,tapi sebab masak tempoyak ni senang je..nak belajar masak tempoyak cara saya?macam biasa kalau saya masak dah tentu2 resepi nya simple tapi sedap.jom tengok resepi Masak tempoyak yang sedap....
Bahan-bahan ;
2 potong ikan pari saiz sederhana
2 sudu besar tempoyak
petai (suka hati nak banyak mana)
3 ulas bawang merah
5 tangkai cili padi
1 batang serai
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
daun kunyit
2 cawan air
daun kesom
garam
- Masuk kan ikan dan petai dalam periuk
- tumbuk bawang merah dan cilipadi .serai di ketuk2.
- masuk kan dalam periuk ikan tadi.
- masuk kan tempoyak,daun kesum,daun kunyi dan serbuk kunyit.saya gunakan serbuk kunyit dan daun kunyit sebab saya tak de kunyit hidup.kalau awak ada kunyit hidup baik guna kunyit hidup je..
- Lepas tu masuk kan air dan garam
- masak hingga mendidih.kemudian hidangkan..
Orang perak memang suka makan tempoyak.Ada macam2 cara masakan yang boleh dibuat dengan tempoyak.yang penting kena kreatif..pernah makan ikan bakar tempoyak..yang tu pun memang wow!!!Nanti bila2 kita cuba resepi tu ye..Bye!
0 Ulasan