HATI-HATI MENGGUNAKAN MESIN HAND GRINDER - TIPS SELAMAT GUNA HAND GRINDER | Penggunaan hand grinder atau mesin canai adalah salah satu cara yang cepat dan berkesan untuk memotong dan melicinkan pelbagai permukaan dan bahan. Tetapi ianya juga boleh membahayakan. Statistik kemalangan menunjukkan bahawa hampir separuh daripada semua kemalangan yang melibatkan mesin adalah disebabkan oleh kesalahan sistem kerja atau pengendalian mesin yang salah
Sebilangan besar kecederaan melibatkan hand grinder adalah dari logam pencanai. Walau bagaimanapun, kecederaan yang paling serius adalah dari tendangan balik, di mana cakera logam pencanai menghentam pengendali.
Untuk mengelak kan kejadian tidak diingi berlaku berikut adalah beberapa perkara penting yang perlu dititik beratkan sebelum anda mengendalikan mesin pencanai ini. Artikel dibawah ini ditulis oleh saudara Mohd Halil Husairi di laman facebook Tukang Apa Hari Ini.
Tips Selamat Guna Hand Grinder
Assalamualaikum semua sahabat-sahabat warga Tukang, diharap sihat disamping keluarga yang tersayang..
Saya ingin berkongsi sedikit berkenaan dengan salah satu cara untuk memaksimakan keselamatan diri sebelum menggunakan mesin canai(grinder), mungkin ramai sahabat yang dah tahu dan mungkin ada yang belum tahu.
Sebelum hendak menggunakan mesin canai atau ingin membeli mata canai, kita kena pastikan dahulu kesesuaian mata canai tersebut, adakah ianya sesuai dengan mesin pencanai kita dan kerja-kerja yang hendak dilakukan, Iaitu dengan memeriksa PPM/RPM (Pusingan Per Minit/Round Per Minutes) yang ada di mata canai dan PPM mesin itu sendiri..
Oleh itu bagi pemilihan mata canai, dinasihatkan agar memilih PPM yang lebih tinggi daripada PPM mesin canai.
Ini kerana sekiranya kita menggunakan mata canai yang PPM nya lebih rendah daripada PPM mesin, mata tersebut akan berpusing melebihi had maksima nya sendiri dan ini akan menyebabkan mata tersebut pecah kerana pusingan nya terlalu laju/tinggi.. ini boleh membahayakan diri pengguna dan orang sekeliling nya.
Selain itu, jangan gunakan mata pemotong untuk kerja-kerja mengasah/menggosok, ini kerana mata pemotong adalah nipis, gunakan mata mengasah yang betul..
Gunakan PPE (Personal Protective Equipment) yang sesuai dengan kerja kita.. Jangan abaikan perkara ini, walau kita anggap remeh tetapi barangkali ianya dapat menyelamat kan kita daripada tercedera atau dapat menyelamatkan nyawa kita.
Diharapkan jangan di abaikan keselamatan diri semasa melakukan apa jua pekerjaan, ingat lah ada yang menunggu kepulangan kita di rumah.
Terima kasih..
Mohd Halil Husairi
Sumber: Tukang Apa Hari Ini.
0 Ulasan