CARA CUCI KUALI SAMPAI BERKILAT GUNA SABUN PENCUCI CIFF

CARA CUCI KUALI SAMPAI BERKILAT GUNA SABUN PENCUCI CIFF | Mencuci periuk dan kuali yang meninggalkan kesan kerak tebal bukan lah perkara mudah. JIka anda seorang surirumah yang kerap memasak , kesan hitam di bawah kuali dan periuk bukan lah perkara yang asing. 


Tapi untuk mencucinya pasti memerlukan sedikit kerajinan dan usaha walaupun memerlukan modal yang kecil. 

Dikongsikan oleh saudara Abdul Jazilan di salah satu psting di facebook Tukang Apa Hari Ini, cara mencuci kuali sampai berkilat dengan menggunakan sabun pencuci Ciff . semoga bermanfaat untuk semua.

Cuci Kuali Guna Sabun Pencuci Ciff

Assalamualaikum dan salam 'PKPB dilanjutkan' buat warga tukang apa hari ni. Nak kongsikan aktiviti hari ni:

Tukang test cuci 'telinga kuali'...
1. Kuali
2. Cif
3. Berus tembaga (Mr DIY)
4. Air
5. Sedikit tenaga (untuk sental)

Kalau jadi & berhasil, kita sambung.
Kalau tak jadi, kita cuba cara lain..😅

Selamat mencuba..











* Untuk kerak yang tebal, saya gunakan berus dawai. Ada rakan FB yg ingatan berkenaan safety, maka saya gunakan sarung tangan getah.
** Hasil menyental selepas sahur hari ni



*Akhirnya selesai juga buang kerak kuali, buat sikit-sikit. Memang perlukan kesabaran yang tinggi kalau sental guna berus tembaga & berus dawai kasar sahaja.
** Terima kasih pada yang cadangkan mata dawai. Saya dah cuba pada kuali leper, memang mudah dan jimat masa. Cuma kesian pada akak2 suri rumah, mungkin susah nak handle alat "grinder" ni.
Terima kasih semua atas cadangan & petua yang diberikan..

Sumber: Facebook Tukang Apa Hari Ini.

Catat Ulasan

0 Ulasan