CARA BUAT SAMBAL BELACAN GUNA LESUNG BATU DAN SAMBAL BELACAN GUNA BLENDER | Assalamualaikum. Orang melayu rata2nya suka betul makan pedas.. Tak pedas banyak pedas sikit pun jadi lah. Macam suami saya la. Makan nasik kalau tak pedas dia makan sikit je..tak selera.
Cara paling mudah nak ada benda pedas bila makan,buat la sambal belacan. Buat sambal belacan guna belacan bakar. Wangi satu dapur.
sambal belacan sedap. Ada macam2 cara buat sambal belacan..
ada yang bubuh bawang besar., bawang kecil..
ada yang letak gula dan ajinomoto lagi..hehe..
dan yang bubuh tomato pun ada..
rasanya itu mungkin terpengaruh dengan sambal belacan ala thai..
Tapi bagi saya orang melayu perak ni buat sambal belacan cukup sekadar sambal belacan kampung yang simple je:-
10 tangkai Cali padi atau apa jenis cili1/2 sudu kecil garamsedikit Belacan ikut suka..kalau suka rasa belacan kuat bubuh la besar sikit..kalau saya suka belacan ni setakat rasa sikit2 je la..3 sudu besar perahan limau nipis atau air asam jawa
Cara nak buat sambal belacan simple
Resepi Sambal belacan tradisional. Masuk kan semua bahan kecuali air asam kedalam lesung batu dan tumbuk lumat.
tapi jangan la lumat sangat.
sebab kalau makan nak la gigit2 sikit cili yang tak lumat tu..
macam tu baru rasa puas la makan nasik.hehe
Dah siap tumbuk terus masuk akan air asam .kacau2
dah siap..sedia dihidangkan..
Sambak belacan guna blender. Ada orang lebih suka guna blender tapi guna pengisar ni memang tak sedap la. Tak tahu la kenapa..mungkin sebab
tambah air tu banyak kot. kalau tak tambah air tak boleh nak kisar..kan??
Guna lesung batu jugak yang best.
Tapi kalau nak buat sambal belacan guna blender, kena la buat dalam kuantiti banyak. Boleh simpan dalam peti sejuk dan keluarkan bila nak makan saja.
kan??
sekian..
0 Ulasan