REVIEW DAN SINOPSIS : DEVAKI

REVIEW DAN SINOPSIS : DEVAKI | Banyak sakit hati je bila tonton filem Devaki ni. Terlintas dalam fikiran teruk betul negara India ni. Diaorang macam pandang rendah pada wanita. Bila melibatkan orang atasan baru la ada tindakan nak dibuat.



Ini bukan filem india pertama yang saya tonton yang mendedahkan golongan lelaki yang suka pandang rendah dan meremehkan wanita. Lagi-lagi bila melibatkan polis. Alih-alih wanita jugak yang dipersalahkan.

Panjang lebar pulak luahan perasaan saya ni.Hahhaha. Baca sikit sinopsis filem Devaki ni.

Sinopsis Filem Devaki (2019)

Aradhya , 10 tahun di culik ahli sendiket. Sepanjang tempoh kehilangan nya, Ibu Aradhya , Devaki berusaha mencari anaknya dengan bantuan pihak polis namun gagal.

Devaki seorang ibu tunggal yang ditinggalkan suami. Dia membesarkan anaknya sendiri dengan penuh kasih sayang.  Satu hari dia disahkan mengidap Dimentia iaitu penyakit gangguan ingatan. Ingatan nya akan hilang secara perlahan-lahan.

Doktor yang merawat Devaki menyarankan agar dia mencari sesorang yang mampu menjaga anaknya yang baru berusia 10 tahun.

Kehilangan Aradhya menambahkan lagi tekanan yang dihadapi nya dan memburuk kan lagi proses pencarian Aradhya. Selebih nya korang kena tengok la filem ni



Review Filem Devaki (2019)

Semua orang tau kalau di India tu, mengeksploitasikan wanita ni memang dah macam satu industri pulak pada diaorang.kan? Dari kanak-kanak di culik untuk jadi pengemis sampai la dewasa pun diculik untuk dijadikan pelacur. Kemudian kalau yang dewasa sikit, culik untuk ambik oprgan.

Menyeramkan betul Negara India ni. Itu yang digambarkan di banyak filem-filem dari India termasuk la filem Devaki ni.

Bagi yang dah biasa tengok filem-filem India mesti akan rasa filem ni biasa-biasa saja. Dia punya suspend tu pun tak berasa sangat la.

Filem ni tak de la guna pelakon-pelakon yang kita biasa tengok.So jangan rasa korang akan nampak lakonan filem2 star India yang terkenal tu.

Sepanjang tengok filem ni aku rasa geram je. Mula-mula geram kat Devaki. Kejap-kejap dia lupa. Bila dah dekat sangat dengan penculik anak dia, masa tu la dia nak hilang ingatan. Tahik betul.!!hahah..



Ikutkan dia punya lupa tu, mau 5,6 jam filem ni baru habis. Sampai ke sudah gamaknya tak jumpa anak dia tu.

Yang kedua nya si polis tu. Apa ke benda entah, menyiasat tak bawak polis lain. Dia berdua je dengan si Devaki ke sana sini mencari budak hilang tu. benda gini pun penonton nak kena tolong cakap ke.. ??Hahah.. Lain kali bila keluar menyiasat kena bawak la sorang dua polis lain. Mentang2 le dia inspektor.. Hahah..

Part paling kelakar ( walaupun ni bukan filem kelakar) , masa penculik tu baling batu kat Devaki, polis tu bukan nak kejar penculik tu tapi sibuk dia tolong Devaki dulu.

Apoooooooo???? Padahal sepatutnya dia kejar penculik tu sebab budak tu ada dalam kereta penculik.

Banyak la benda yang akan buat korang stress bila tonton filem ni. Contohnya, tengah berlari telefon jatuh, lepas tu part tak sengaja "tertolong" penculik,

Lepas ada satu babak tu, macam tergantung dia punya cerita. Lelaki yang kena tahan sebab ada gambar Aradhaya tu kata , ada orang suruh culik Aradhaya dengan upah 10 juta. Tapi sampai sudah tak tahu siapa yang nak bagi 10 juta tu. Last2 sekali samseng kampung je yang kena tangkap.

Rasanya tak rugi la kalau tak tengok filem ni. Kalau dah korang bosan sangat malas nak alih citer lain, boleh la korang layan2..

Filem ni tak berapa sesuai untuk tontonan anak-anak. Sebab ada babak perempuan kena koyak baju la apa.. Walaupun dia dah blur kan bahagian yang terdedah tu tapi tak best la tonton dengan budak2 cerita macam ni..


Catat Ulasan

0 Ulasan