REVIEW DAN SINOPSIS : ROH FASIK

REVIEW DAN SINOPSIS : ROH FASIK | Akbar mendirikan rumahtangga dengan Zahra dan mempunyai seorang anak perempuan (Amira). Selepas kematian isterinya (Zahra) akibat dibunuh, Akhbar hilang keyakinan diri, dan mula mempertikaikan takdir Allah. Hidupnya mula tiada hala tuju dan jauh dari tuhan.



Tidak lama kemudian Akbar mendirikan rumahtangga dengan Renata tapi mwerak tidak bahagia seperti pasangan yang baru berkahwin.

Risau dengan keadaan Akbar, Hasan datang menjenguk Akbar dan menasihati Akbar supaya terus kuat dan kembali ke jalan yang benar namun Akbar tetap berkeras dan tidak menghiraukan nasihat Hasan.

Tanpa Akbar sedari, Renata dan Amira kerap di ganggu makhluk halus didalam rumah tersebut sehingga pernah iblis tersebut merasuk Renata. Disebab kan Akbar kerap tiada dirumah, Amira menghubungi Hasan dan meminta Hasan datang melihat keadaan ibu tirinya.

keberadaan Hasan di dalam bilik Renata menimbulkan syak wasangka Akbar kepada Hasan dan hubungan mereka menjadi keruh.


Review Filem Roh Fasik

Pada 15 minit terawal filem ini saya rasa macam tengok filem munafik 1.Isteri meninggal dan suami tak boleh terima hakikat. Kemudian dia dah malas ke masjid dan mula pertikaikan itu ini. Bezanya dalam munafik, isterinya meninggal sebab kemalangan tapi dalam Roh fasik ni isteri nya meninggal kerana di bunuh.



Bukan tu saja tapi masa iblis merasuk Renata di dalam bilik, dia punya scene tu pun macam filem munafik. Wajah Renata berwarna hitam dengan mata yang menakutkan. Lepas tu dia berdialog dengan Hasan dalam bahasa arab tu. Memang macam munafik walaupun tak 100% sama.

Rupa-runya filem ni diinspirasikan dari filem Munafik juga sebab pengarah filem ni minat sangat dengan karya2 Samsul Yusof.

Tapi saya akui filem ini seram dan menakutkan cuma diawalnya sahaja. Pada pertengahan cerita bahagian hujung2 tu dah kurang rasa seram tu.

Saya suka sangat dengan alunan bacaan ayat-ayat alquran dari Irwansyah yang memegang watak hasan. Sangat merdu dan memang sedia tahu Irwansyah memang mahir mengalunkan bacaan ayat suci alquran. Bila dia baca je terus hilang rasa seram tu.Hahah.. Rasa tenang jiwa dengar.


Bagi saya filem ni tak macam filem la. Belum cukup kuat nak dijadikanl filem. Lebih nampak macam drama tv saja. babak menyeram kan tu pun tak banyak. hantunya pun tak seram. Kalau ini drama tv saya boleh bagi 7atau 8 bintang. Tapi ini kan filem. Kita bagi 6 bintang saja la...

Tajuk: Roh Fasik (2019)

Pengarah:Ubay Fox

Penulis Skrip: Bay Fox, Evelyn Afnilia

Genre: Horror

Durasi: 1j 30m

Tarikh release: May 2019

Pelakon:Evan Sanders, Irwansyah, Denira Wiraguna 

Rating:6/10

Catat Ulasan

0 Ulasan