LAKSA TAK HABIS NAK BUAT APA? RESEPI LAKSA GORENG YANG SIMPLE DAN SEDAP

LAKSA TAK HABIS NAK BUAT APA? RESEPI LAKSA GORENG YANG SIMPLE DAN SEDAP | 2 hari lepas saya masak laksa atas permintaan anak-anak. 2 kali balik kampung bulan 12 lepas tapi tak sempat nak merasa laksa makngah diaorang.Agaknya tu yang dok suruh ibu masak kan laksa.



Bila dah masak laksa ni, benda biasa jadi bila ada laksa lebih yang tak habis. Kuah habis dulu dari laksa. Tak kan nak buang pulak laksa tu..kan?

Jadi saya buat laksa goreng yang simple ni.

Cara masak laksa goreng. Laksa goreng ni sedap bila laksa tu direbus sampai laksa betul2 lembut. Kalau korang rebus laksa tak berapa lembut atau guna laksa yang jenis liat sikit tu, memang tak berapa sedap la kejadian laksa goreng ni.

Kalau laksa lembut rasanya lebih kurang je macam kuetiow goreng.

Laksa goreng basah. Saya buat laksa goreng ni agak basah sikit. saya tak suka kering sangat. kalau korang suka yang jenis kering, masa tumis bahan tu tak payah la masuk kan air. tumis bahan lepas tu masuk kan je laksa dan masak sampai kering.

Jom baca semak resepi laksa goreng yang simple dan sedap.

Laksa goreng Recipe

Bahan-Bahan:

1 mangkuk laksa

2 biji bawang merah

2 ulas bawang putih

1 inci halia

sedikit lada sulah

1 sudu besar kicap manis

1 sudu besar sos tiram

2 sudu besar cili giling

Garam secukup rasa

1 biji telur

2 sudu besar minyak untuk menumis

sedikit ikan bilis di tumbuk halus

(boleh gantikan dengan ayam atau daging yang di hiris halus atau udang dan sotong)

Bawang Goreng

Daun sup

Cili Padi

Cara_caranya:

(kisar bawang merah, bawang putih dan halia)

Panaskan minyak

Tumis ikan bilis, bawang merah, bawang putih dan halia yang sudah di hiris halus.

masuk kan cili giling dan tumis sampai naik minyak

Masuk kan sos tiram , kicap, garam dan lada sulah.

(kalau nak laksa goreng yang kering, waktu ni boleh masuk kan telur.)

bila dah kering masuk kan laksa. kacau sebati.

Kemudian masuk kan daun sup, dan cili padi.

Akhir sekali masuk kan 2 sudu air dan telur jika korang nak kan laksa goreng yang sedikit basah..

Sebelum makan tabur cili padi dan bawang goreng.

Selamat mencuba dan kalau korang suka resepi ni sila tinggalkan komen untuk rujukan kawan-kawan lain.



Catat Ulasan

0 Ulasan