INI PUNCA MENGAPA CHINA INGIN MENGHAPUSKAN ETNIK UIGHUR | Hi semua..Sekarang ni dimana-mana dah ramai orang bukan islam yang pandang serong dengan agama islam. Ada yang berani yang menghina agama islam secara terang-terangan. mereka dah tak takut kalau dikenakan sebarang tindakan lebih-lebih lagi orang bukan islam dari negara luar.
Di Malaysia ni tindakan tegas dikenakan pada sesiapa saja yang menghina agama lain. Tapi setakat yang saya tahu belum ada lagi tindakan dikenakan pada mana2 orang islam atas dakwaan menghina agama lain. Sebab di Malaysia ni orang islam lebih suka ambik tahu hal agama sendiri berbanding agama orang lain.
Tapi yang peliknya orang bukan agama islam pula yang buat "terokk" tentang agama islam. Agaknya kenapa mereka ni sibuk sangat dengan hal-hal agama islam ni? kenapa bukan islam terlalu membenci agama islam?
Sebenarnya mereka ni bukan risau kalau-kalau ada anggota keluarga atau rakan mereka yang masuk islam tapi mereka rimas dengan sikap orang islam yang kadang-kadang melebih-lebih dan minta diberi keutamaan.
Apa yang saya lihat, di Malaysia ni, orang bukan islam masih menghormati orang islam. Memang ada la yang tak berapa cerdik menghina orang islam.Tapi tak banyak macam di negara China, Malaysia juga tak buat undang-undang pelik yang sampai menyusahkan orang bukan islam.
Jadi mungkin sebab tu orang bukan islam masih boleh hidup bersama dengan orang islam di malaysia ni.
Tapi keadaan berbeza di China. dan ini lah yang dikatakan punca utama kenapa Agama islam sangat dibenci oleh orang bukan islam di sana dan punca mengapa berlakunya penghapusan Ethnik Uighur.
Sebagai contoh..
Ada satu university di Haidian, Beijing . di situ terdapat satu ruangan dimana orang bukan islam dilarang duduk di kerusi ruangan tersebut.
Disebuah premis pulak di tetapkan , makanan tidak halal dilarang dibawa masuk.
Undang-undang macam ni lah yang membuatkan islam dipandang serong oleh orang bukan islam.
Kalau orang islam je yang boleh duduk macam mana dengan orang bukan islam? kena berdiri ke?
Kalau cuma makanan halal saja yang boleh dibawa masuk, maknanya orang bukan islam tak boleh makan apa yang mereka suka kah?
Ada banyak sebab kenapa di China berlaku krisis antara orang islam dan bukan islam. dan ianya berlaku kerana orang islam terlalu meminta diberi keutamaan dalam perkara-perkara yang sepatutnya boleh diselesaikan dengan tolak ansur.
Saya pernah terbaca dimana satu restoran makanan tidak halal di satu daerah di China dipaksa untuk menghentikan operasinya kerana penduduk tempatan yang majoritinya adalah orang islam tak senang dengan kewujudan restoran tidak halal tersebut.
Jarak antara restoran halal dan tak halal tu cuma sejauh kurang 500 meter dan ini membuatkan penduduk tempatan tak senang. Penduduk tempatan masuk ke restoan tidak halal tu dan mula merosak kan batrang-barang di dalam premis makanan tidak halal tu.
China menganggap Ethnik Uighur sebagai ekstremisme Islam disebabkan sikap segelintir orang islam yang tak boleh nak hidup bermasyarakat dengan non muslim. Disebabkan segelintir yang bersikap ekstremisme islam ini la berlakunya penghapusan ethnik di China.
Sebagai orang islam kita wajib mengikuti cara hidup yang ditetapkan dalam agama kita tapi tak bermakna orang bukan islam juga perlu hidup dengan gaya hidup orang islam. Dunia ni bukan milik orang islam sahaja.
0 Ulasan