DARI STREAMYX KE UNIFI TV : PUAS HATI BILA INTERNET LAJU

DARI STREAMYX KE UNIFI TV : PUAS HATI BILA INTERNET LAJU | Akhirnya  kami dah bertukar ke Unifi selepas 7 tahun menggunakan Streamyx. lama juga tu 7 tahun. Ingat lagi  pasang Streamyx masa saya dalam pantang kat Mikhail. Mikhail tengah tido nyenyak je sambil saya tengok technicin TM tu dok sambung2 wayar.



Alasan kenapa pasang Unifi ialah sebab dah bosan dengan siaran Astro. Anak-anak pun tengok cerita Bayblade dengan Ultraman. Saya pulak tengok Running Man. Tengok 2,3 rancangan tu je yang bertukar episod setiap minggu tapi kena bayar sampai rm70 sebulan.

Dulu anak-anak kecik lagi. Diaorang banyak la rancangan yang diaorang suka. Sekarang dah besar masing2 lebih suka layan rancangan kartun di Youtube. Jadi bincang dengan suami , baik la kita terminate Astro dan pasang Unifi.

Dah semua nya guna online untuk tengok rancangan kegemaran masing-masing, korang rasa internet tu macam mana?? Sah2 la macam siput. Nak update blog pun susah weh. Dah la saya ni suka donlod filem tamil dan hindi. Kadang sampai 8 jam nak tunggu untuk donlod satu filem hindi.

Sejak dah pasang Unifi ni , download filem yang sebelum ni 7,8 jam dan jadi 4,5 minit je. Senang kerja. lepas ni mudah la nak update blog. Eceh!! kata je mudah padahal buat dengan malas tak de nye nak update. Seronok tengok Kdrama ada la..hahahah

utuk pasang Unifi Tn ni saya tak de kena pi jumpa siapa2 atau daftar ke apa. Saya cuma bermesej dengan Fayad Rahim. Korang boleh berurusan dengan dia je untuk apa2 masalah atau hal berkaitan Unifi.

Saya ambik pakej yang sebulan rm159. Ikut pada yang di tulis kat sini dalam pakej yang rm159 ni ada 100mbps + 600 minit call free + full Channel Unifi tv. Ada 3 box yang dia pasang ni.





Masa mula-mula nak guna Unifitv ni macam susah je. Tengok video2 Youtube baru la paham sikit2 cemana nak tengok Iflix kat Hypptv, kenapa browser  tak dapat buka google page, .. Macam2 lagi la.

Bila tengok video paham la sikit2.

Sekarang ni tengah usaha cemana nak pasang Playstore kat Hypptv tu. Kalau ada playstore boleh la download Viu, youtube ..

Update: Rupanya dah tak boleh install playsstore di STB. Tapi jangan riau. ada banyak filem dan rancangan yang best2.

Hari ni Stereamyx dah tamat. Bila kita tukar dari streamyx ke Unifi dia akan  auto terminate. Tak payah susah2 nak call TM dan bagitau depa.

Remote Hypptv ni je yang tak mesra pengguna. Kecik sangat. Entah berapa kali la remote ni terjatuh. Harap lepas ni diaorang tukar remote yang besar sikit. Boleh genggam. Yang ni kalau genggam, tak boleh tekan pulak. Jadi kau kena pegang remote guna dua belah tangan.



Untuk permulaan, bila langgan Unifi ,semua siaran hypptv kita dapat. Tapi lepas sebulan cuma tinggal siaran mengikut plan yang kita ambik. Saya ambiul pakej unlimited so saya dapat semua siaran termasuk siaran liga super. 

Untuk pemasangan kita bayar rm100 saja. Bayar melalui online ke akaun Unifi. Nanti dia akan bagi kita no akaun unifi kita dan kita boleh bayar guna jom pay. Biller code untuk Unifi ialah 8888.

Harap-harap Unifitv bagi kerja sama memaudahkan hidup kami sekeluarga.. Gitewww.. hahahah. Kalau nak tanya apa2, boleh  tinggalkan komen ye. Saya pun tak berapa reti lagi ni. Sikit2 tu boleh la..

Catat Ulasan

0 Ulasan